Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kadar Tol Mungkin Boleh Kurang Jika Kos Pembangunan Lebuh Raya Dikawal – PM Anwar

Hannah
kadar tol boleh kurang
Kredit: BERNAMA

Kadar Tol Mungkin Boleh Kurang Jika Kos Pembangunan Lebuh Raya Dikawal – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah.

Anwar berkata kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.

“Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan. Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan merasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lestari yang pertama di lebuh raya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, di Seremban hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM Datuk Seri Hasni Mohammad.

BACA: Punca Kematian Bayi Di Taska Akibat Lemas – Polis

BACA: Lima Kedai Dua Tingkat Musnah Dijilat Api

BACA: Kanak-Kanak Hilang Jumaat Lepas Ditemukan Selamat

Sumber: BERNAMA