Lapan Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Pagi Esok
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang telah dikeluarkan ke atas lapan negeri sehingga 2 pagi esok, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
Difahamkan, seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dijangka mengalami cuaca buruk hingga pagi esok.
“Sementara itu, bagi kawasan Perak adalah di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, dan Batang Padang.
“Manakala di Terengganu pula adalah di kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
“Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, kemudian kawasan di Sarawak pula adalah Sri Aman (Lubuk Antu) Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Bintulu,” kata MET Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0Bok3G3d69Q9ag79YoXAA25NzsRNFFqxqo9W8i1jGrGcnL49SMg1BcXz49ETvodpLl
Sumber: FB MET Malaysia