Siakap Keli
anak vitiligo ditampar guru
Sumber: SCMP

Wanita Dakwa Anak Hidap ‘Vitiligo’ Selepas Ditampar Guru

Wanita Dakwa Anak Hidap ‘Vitiligo’ Selepas Ditampar Guru

Seorang wanita mendakwa anak lelakinya kini menghidap vitiligo atau sopak selepas bahagian muka anaknya itu ditampar oleh seorang guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lapor SCMP.

Ibu dari China itu berkata, beliau membawa anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke hospital setelah menyedari mukanya bengkak teruk.

Anaknya yang seorang pelajar di Sekolah Rendah Yifu di wilayah Yunnan, barat daya China, memberitahu ibunya bahawa seorang guru telah menamparnya di hadapan kelas.

Puncanya adalah kanak-kanak itu tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik.

Guru itu kemudian menampar sebelah kanan muka Liu sebanyak tiga kali dan sebelah kiri sekali.

Namun, selepas tiga bulan kejadian itu, warna kulit di bahagian pipi kanan anaknya semakin pudar dan muncul tompok-tompok putih.

Sumber: SCMP

Walaupun penyebab sebenar vitiligo belum diketahui dengan pasti, para penyelidik berpendapat bahawa faktor persekitaran mungkin menyumbang kepada permulaan penyakit ini, lapor SCMP.

Seorang kakitangan dari sekolah tersebut memberitahu media China, Benliu News, bahawa kanak-kanak lelaki itu telah disahkan menghidap vitiligo.

Pada masa yang sama, sekolah kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan penilaian kecederaan forensik untuk menentukan tindakan yang sewajarnya terhadap guru yang terlibat.

Tambah SCMP, ibu kepada kanak-kanak itu turut cuba untuk menghubungi guru terbabit selepas hospital menghantar bil rawatan. Kini, beliau masih menunggu pampasan dari guru atau pihak sekolah.

Dalam pada itu, SCMP menjelaskan bahawa undang-undang China mengenai perlindungan kanak-kanak melarang guru memukul atau mendera pelajar.

Tahun lepas, seorang guru sekolah rendah di wilayah Hunan, China tengah, dilaporkan telah menampar seorang gadis berusia sembilan tahun dengan pembaris segi tiga.

Hal ini menyebabkan tulang tengkoraknya retak dan memerlukan pembedahan.

Akibatnya, polis telah menahan guru tersebut bagi siasatan lanjut.

BACA: Pengasuh Direman Tujuh Hari Bantu Kes Kematian Bayi

BACA: Punca Kematian Bayi Di Taska Akibat Lemas – Polis

BACA: Wanita Maut Dalam Nahas Empat Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS

Sumber: SCMP, MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.