Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kesal ‘Tidak Diurus’, Suami Nekad Bunuh Isteri Dengan Kejam

Hannah
suami tikam isteri
Gambar Hiasan

Kesal ‘Tidak Diurus’, Suami Nekad Bunuh Isteri Dengan Kejam

Seorang lelaki yang bergelar suami sanggup menikam isterinya sebanyak enam kali menggunakan pisau sehingga maut.

Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah sewa di Jakarta Selatan, Indonesia, pada Rabu lalu.

Menurut Tribun, tindakan nekad tersebut berpunca daripada rasa kesal suspek terhadap mangsa.

Suspek merasa sakit hati kerana mangsa tidak menguruskan dirinya ketika sakit, dan rasa marah suspek semakin memuncak apabila mangsa meminta cerai.

“Akibat permintaan cerai itu, suspek menjadi sakit hati dan marah.

“Suspek berpura-pura keluar untuk beli ais tetapi sebenarnya mengambil pisau,” lapor Tribun.

Lebih memilukan, kejadian tersebut berlaku di hadapan anak pasangan itu yang baru berusia lima tahun.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi berkata, anak itu sempat mendengar dan menyaksikan pertengkaran yang berlaku antara ibu bapanya.

Dalam pada itu, jiran kepada pasangan tersebut mendengar bunyi jeritan dari lokasi kejadian ketika pulang dari bekerja.

Dia kemudiannya melihat ke dalam rumah sewa pasangan itu melalui jendela, di mana keadaan rumah gelap kerana lampu dimatikan.

Mengejutkan, dia melihat suspek memegang pisau yang berlumuran darah.

Setelah suspek membuang pisau ke lantai, jiran segera menolong mangsa yang sudah terbaring berlumuran darah di atas katil dan mengejarkan mangsa ke hospital.

Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat luka tikaman yang parah, di mana lima daripadanya di bahagian perut.

Penduduk yang menyaksikan peristiwa tersebut tidak dapat menahan rasa marah dan segera memukul suspek sebelum polis tiba.

Ketika pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian, suspek sudah dalam keadaan babak belur akibat dipukul penduduk.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian terbabit, manakala suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.

BACA: Pekerja ‘Kesan’ Bunyi Gerakan Tanah Sebelum Tebing Sungai Runtuh

BACA: Wanita Jatuh Dalam Lubang Pembentung Sedalam Dua Meter

BACA: Mayat Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemukan Di Arau

Sumber: Tribun