Siakap Keli
wanita jatuh lubang pembetung
Sumber: The Independent

Wanita Jatuh Dalam Lubang Pembentung Sedalam Dua Meter

Wanita Jatuh Dalam Lubang Pembentung Sedalam Dua Meter

Seorang wanita berusia 54 tahun berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang pembentung di tengah bandar Samut Sakhon, Thailand.

Insiden tersebut berlaku apabila mangsa memijak penutup konkrit yang kelihatan kukuh, namun tiba-tiba runtuh dan menyebabkan dia terjatuh dua meter ke dalam air di bawah tanah.

Mangsa terperangkap selama hampir setengah jam sebelum seorang pejalan kaki menyedari keadaannya dan segera memaklumkan kepada anak perempuannya serta pihak berkuasa.

Nasibnya baik apabila mangsa diselamatkan dalam masa yang singkat selepas itu.

Mangsa memaklumkan bahawa dia sedang keluar membeli-belah dan sempat berjalan di atas penutup pembentung yang terletak berhampiran rumahnya tanpa sebarang masalah, sebelum ia runtuh secara tiba-tiba.

Mangsa melaporkan bahawa dia berasa sakit, tidak berdaya dan takut akan lemas.

Mangsa berkata, jika paras air lebih tinggi, keadaannya mungkin lebih buruk.

“Jika seorang kanak-kanak jatuh, mereka mungkin tidak dapat diselamatkan.

“Papan tanda atau halangan yang sesuai perlu diletakkan jika terdapat sebarang kerja yang berisiko kepada orang awam,” tambahnya lagi.

BACA: Wanita Dakwa Anak Hidap ‘Vitiligo’ Selepas Ditampar Guru

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa terendam dalam air kumbahan di dalam lubang pembentung yang mempunyai diameter satu meter dan kedalaman dua meter.

Sumber: The Independent

Mangsa tidak dapat berdiri atau memanjat keluar sendiri kerana terlampau letih dan terkejut. Mangsa yang diselamatkan kemudiannya dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan akibat lebam dan calar.

Walaupun lebamnya teruk, ia tidak menyebabkan pendarahan dalaman, menurut laporan.

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar Samut Sakhon, Sakchai Nimitpanya, menyatakan bahawa penutup pembentung itu mungkin tidak dipasang dengan betul selepas pemeriksaan.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa ia mungkin ditinggalkan terbuka bagi kerja-kerja pembuangan sampah.

Pihak berkuasa tempatan telah diarahkan untuk lebih berhati-hati dalam menjalankan pemeriksaan dan memastikan kawasan yang berisiko ditandakan dengan jelas.

Hal ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang boleh membahayakan nyawa.

Untuk info, insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas tragedi serupa di Malaysia, di mana seorang pelancong India, Vijaya Lakshmi Gali, 48, hilang dalam lubang benam sedalam 8 meter.

Kejadian berlaku pada 23 Ogos ketika mangsa berjalan menuju ke sebuah kuil di Kuala Lumpur.

Selepas operasi mencari dan menyelamat selama sembilan hari, pihak berkuasa tidak berjaya menemuinya.

BACA: Kanak-Kanak Hilang Jumaat Lepas Ditemukan Selamat

BACA: Disahkan Derita Lima Penyakit Kronik, Pemuda Akui Tetap Kuat Demi Ibu

Sumber: The Independent

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.