Siakap Keli
Shila Amzah Singing with legends
Gambar: Ig Shila Amzah

Shila Amzah Teruja, Umum Sertai Program Singing With Legends Di China

Shila Amzah Teruja, Umum Sertai Program Singing With Legends Di China

Penyanyi popular Shila Amzah teruja mengumumkan bakal bertanding dalam sebuah program nyanyian China, Singing with legends musim keenam tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi berusia 34 tahun itu dalam satu hantaran poster di platform X miliknya.

Sehubungan itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengambil peluang untuk memohon doa daripada peminat agar urusannya dimudahkan dalam pertandingan itu.

Mohon Doa Buatnya

“Doakan saya berjaya, doakan semoga dilancarkan perjalanan Sha yang baru ini,” tulisnya.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu turut memaklumkan kepada peminatnya yang ingin menonton persembahan boleh menonton di platform YouTube.

“Buat yang tanya dekat mana nak tengok program ni, nanti ada dekat YouTube. Korang search je Singing With Legends S6, nanti keluar la episod-episod semua,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu gilirannya masih belum ‘tiba’ buat masa ini.

Penyanyi itu berkata beliau kembali lagi memasuki pertandingan nyanyian di China selepas melahirkan dua cahaya matanya.

Dalam poster berkenaan memaparkan Shila Amzah mengenakan pakaian seakan warna ungu.

https://x.com/Shilaamzah/status/1832983913796608455?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1832983913796608455%7Ctwgr%5E2bc171c8567ed52ec7465274c0a914bbd4b49b08%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2Fshila-amzah-kembali-gegar-china-sertai-pertandingan-singing-with-legends-doa-semoga-dilancarkan-perjalanan%2F&fbclid=IwY2xjawFLkixleHRuA2FlbQIxMAABHe2qsjo_C95vhQgLJvE2k410C-jZCwR9uuD-pl_uRZMfwZxL8D8F0JIddA_aem_l1v4_TJqbkLrXc6d877BcA

Kemunculan semula penyanyi itu di atas pentas dunia turut mendapat perhatian warga maya yang memberikan sokongan terhadapnya.

Rata-rata warga maya memberi semangat denga mengatakan mereka akan memberikan sokongan terhadapnya.

Wow Shila go for it, saya tahu awak boleh. Saya pun dah tak larat berulangkali tengok dekat YouTube Shila masuk dekat China 10 tahun lepas hahaha,” komen seorang pengguna.

“Awak boleh lakukan, kami percaya awak boleh. Insya-Allah,” kata seorang lagi pengguna.

Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga Shila menyertai pertandingan nyanyian di China.

Sebelum ini, Shila pernah menyertai dua pertandingan nyanyian di negara itu pada program Asia Wave pada 2012 dan dinoabtkan sebagai juara dan program I Am A Singer dua tahun kemudian.

Sumber: Twitter @shilaamzah

BACA JUGA: RXZ Members 6.0: SJR Diperbanyak, Bakal Pertimbang Batal Permit Jika Banyak Pelanggaran Undang-Undang

BACA JUGA: Bidaan Nombor Plat ‘EV’ Untuk Kenderaan ZEV Dibuka Hari Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.