Ini 6 Tip Memandu Kereta Ketika Hujan Lebat, No.3 Ramai Yang Terlepas Pandang
Cuaca buruk kadangkala boleh menjejaskan banyak perkhidmatan, aktiviti dan mendatangkan risiko terhadap manusia.
Hal ini kerana cuaca buruk itu boleh mendatangkan angin kencang, ribut, tsunami dan banyak lagi.
Tambahan pula, di Malaysia sejak kebelakangan ini, hujan lebat kerap kali turun pada sebelah petang.
Selain boleh membawa risiko banjir kilat, ia juga menyebabkan jalan raya terdedah kepada permukaan yang licin yang secara tidak langsung boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), setiap tahun terdapat lebih 1.23 juta kemalangan kenderaan melibatkan cuaca kurang baik secara purata.
Sebagai pengguna jalan raya, jalan licin sememangnya perlu dititikberatkan khususnya di kawasan bandar, apabila waktu puncak kerana sering berlaku kesesakan.
Kadangkala, apabila hujan mencurah dengan lebat, ia membuatkan pemandu berasa panik kemudian menyebabkan kemalangan jalan raya.
Oleh yang demikian, penting untuk mengetahui cara pemanduan ketika hujan lebat atau cuara kurang baik supaya keselamatan sentiasa terjamin.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang dimuat naik oleh PERKESO tentang pemanduan keselamatan kereta sewaktu hujan lebat.
Tip memandu kereta ketika hujan lebat
Cara pemanduan ketika cuaca kurang baik amat berbeza dengan hari biasa. Ketahui tip tersebut di bawah ini.
1. Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan
Jalan raya akan bertukar licin semasa hujan. Jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk berhenti.
2. Jangan nyalakan lampu amaran
Hanya gunakan semasa kereta anda berhenti atas sebab-sebab kecemasan.
3. Pandu perlahan
Kelajuan melebihi 80 km/j akan menyebabkan kenderaan anda meluncur.
Perkara ini berlaku apabila tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya dan kenderaan meluncur ke hadapan.
4. Elakkan menekan brek secara mengejut
Biarkan kenderaan anda meluncur dan gunakan stereng untuk menghalakan kenderaan anda ke arah yang selamat.
5. Elakkan memandu di lorong kanan
Kenderaan dari arah berlawanan mungkin melanggar lopak air lalu menyebabkan air terpercik ke cermin hadapan kereta dan menghalang penglihatan pemandu.
6. Berhenti di hentian rehat untuk mengelakkan kemalangan
Jika hujan bertambah lebat dan penglihatan terjejas oleh kabus dan cuaca yang gelap.
Sumber: PERKESO