Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Lebih RM9 Juta, “Private Island” Di Langkawi Bakal Dijual

Iqbal Yasir
Private Island dijual
Gambar: TikTok @ Tuan Faizul Hartanah

Harga Lebih RM9 Juta, “Private Island” Di Langkawi Bakal Dijual

LANGKAWI. — Sebuah pulau persendirian (Private Island) yang terletak berdekatan Pulau Langkawi mencuri perhatian selepas dilaporkan bakal dijual dengan harga melebihi RM9 juta, petik Sinar Harian.

Difahamkan, video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Tuan Faizul Hartanah itu telah tular sejak Isnin lalu.

Menurut perunding tanah tersebut, pulau yang dikenali Pulau Jemurok di Ayer Hangat itu dijual mengikut setiap kaki persegi dengan nilai RM49.50.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada pulau persendirian itu yang bakal dijual dengan anggaran jumlah keseluruhan lebih RM9 juta.

“Di atas pulau terbabit, terdapat tiga lot tanah persendirian dan hanya sebahagian pulau dengan keluasan 1.695 hektar itu ingin dijual.

“Pemilik memang ingin menjual sebahagian pulau yang merupakan tanah persendirian milik beliau,” ujarnya kepada pemberita.

Mengulas dengan lebih lanjut, Tuan Faizul memaklumkan pulau yang berstatus tanah rizab Melayu itu terletak berhampiran Mangrove Langkawi Geopark.

“Sehubungan itu, perjalanan dari Jeti Kubang Badak ke pulau berkenaan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja,” kongsinya.

Tambahnya, pulau tersebut sangat sesuai untuk dijadikan sebagai resort mewah atau pelaburan mengikut kepada minat pembeli.

Ditanya sebab video pulau persendirian di Langkawi itu tular, Faizul daripada syarikat perunding hartanah Chester berpendapat ia berkemungkinan harga jualannya.

“Bagaimanapun, mungkin ada yang tidak perasan lalu menyangka pulau persendirian hanya ingin dijual pada RM49.50 sahaja.

“Kebanyakannya terkejut, ada berkata takkan lah harga pulau persendirian hanya RM49.50 menyebabkan ia tular,” katanya lagi.

Bagi Faizul, ini merupakan kali pertama dia menjual hartanah berbentuk pulau persendirian sejak empat tahun menceburi bidang itu.

Untuk makluman, video itu mendapat lebih 800,000 tontonan dengan 33 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen pengguna.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Rangka Manusia Termasuk Tengkorak Ditemui Dalam Loji Kumbahan

BACA JUGA: Pelakon Suara Dalam Anime Sailor Moon, Naruto Meninggal Dunia