Siakap Keli
pemanggilan semula JPJ
Sumber: JPJ Malaysia

JPJ Umum Pemanggilan Semula Siri 3/2024 Beberapa Model Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki & Honda

JPJ Umum Pemanggilan Semula Siri 3/2024 Beberapa Model Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki & Honda

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pemanggilan semula (product recall) siri 3/2024 terhadap empat syarikat pengeluar kenderaan membabitkan Toyota, Mercedes-Benz, Suzuki dan Honda hari ini.

Sumber: JPJ Malaysia
Sumber: JPJ Malaysia
Sumber: JPJ Malaysia
Sumber: JPJ Malaysia
Sumber: JPJ Malaysia

Menurut JPJ, aktiviti pemanggilan semula ini telah dilaksanakan oleh pengeluar kenderaan tersebut sejak bulan Julai 2024 dan masih berlangsung hingga kini.

“Pihak pengeluar akan menghubungi pemilik-pemilik kenderaan yang berkenaan untuk membuat penetapan tarikh temu janji serta membawa kenderaan untuk pemeriksaan dan menjayakan aktiviti pemanggilan semula yang dilaksanakan ini.

“Aktiviti pemanggilan semula produk ini penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur atau peralatan yang ada pada kenderaan tersebut,” tulis kenyataan JPJ.

Menerusi kenyataan itu, JPJ menegaskan bahawa keselamatan kenderaan adalah penting untuk menjamin pemanduan dan keselesaan pemilik semasa dalam perjalanan.

“Semestinya pemilik tidak mahu memandu kenderaan dengan masalah teknikal yang berpotensi membahayakan, mengancam nyawa dan pengeluar akan membuat pemulihan tanpa sebarang kos kepada pemilik,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, semua pengeluar dan pemilik kenderaan diharapkan dapat menjayakan aktiviti pemanggilan semula ini supaya penamatan aktiviti ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Pemanggilan Semula (Product Recall)

Untuk makluman pemanggilan semula atau Product Recall secara umumnya merupakan suatu aktiviti bagi memanggil semula sejumlah produk oleh pihak pengeluar.

Ia dilakukan apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada produk tersebut yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kaedah pelaksanaan pemanggilan semula ini dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, surat-menyurat rasmi, hebahan di media massa dan sebagainya.

BACA: Penerusan Kempen MyPELINDUNG Bantu Lindungi Masyarakat Daripada COVID-19

BACA: Chery Tiggo 7 Pro: SUV Segmen C Harga Bawah RM125,000

BACA: Kedai Konsep Bola Keranjang Pertama ANTA Kini Di Malaysia

Sumber: JPJ Malaysia via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.