Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Terjunam Dari Jambatan Setinggi 30 Meter, Pemandu Selamat

Hannah
kereta terjunam jambatan 30 meter
Sumber: BERNAMA

Kereta Terjunam Dari Jambatan Setinggi 30 Meter, Pemandu Selamat

MELAKA, 11 Sept (Bernama) — Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi semasa lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu kereta dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlelap ketika memandu, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang, sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.

“Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

BACA: Rangka Manusia Termasuk Tengkorak Ditemui Dalam Loji Kumbahan

BACA: Remaja Maut, “Doktor Palsu” Didakwa Buat Pembedahan Ikut Tutorial YouTube

BACA: Bayi Lelaki 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Di Pusat Jagaan Berpantang

Sumber: BERNAMA