Siakap Keli
mesej pendidikan fadhlina sidek
Gambar: Siakap Keli

Mesej Pendidikan Yang Positif Mampu Bangkitkan Semangat Pelajar – Fadhlina Sidek

Mesej Pendidikan Yang Positif Mampu Bangkitkan Semangat Pelajar – Fadhlina Sidek

Penyampaian kandungan positif berkaitan pendidikan merupakan salah satu cara bagi menyemarakkan semangat dalam kalangan para pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata media massa memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej positif berkaitan pendidikan.

“Kami bersetuju satu-satunya mesej positif yang membangkitkan semangat adalah mesej pendidikan dan inilah yang perlu disampaikan pada masyarakat.

“Saya fikir dengan mesej yang betul serta komitmen yang telah pun kita laksanakan dari segi gerak kerja, peringkat latihan-latihan yang melibatkan semua guru, kita yakin dapat tangani perkara ini dengan jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam taklimat Program Pemulihan Pembelajaran Kerjasama Antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menegaskan pelbagai langkah proaktif telah diambil dan dilakukan khususnya menyediakan akses pendidikan yang berkualiti bagi tiada siapa yang akan terpinggir.

Mengulas lebih lanjut, Fadhlina berkata asas yang perlu dipegang dalam membentuk sistem pendidikan yang kuat adalah dengan kerjasama daripada semua pihak yang menyediakan persekitaran positif terhadap kanak-kanak.

Menurutnya, perumpamaan itu sama seperti yang dipegangnya dahulu iaitu it takes a village to raise a child.

“Saya sangat percaya bahawa dalam membina sistem pendidikan lebih kuat, sebagaimana satu kata-kata yang saya pegang sejak 20 tahun yang lalu, it takes a village to raise a child,” ujarnya.

Tambah Fadhlina, matthew effect atau kesan Matthew adalah masalah utama yang perlu diselesaikan dalam konteks literasi, yang menggambarkan proses ketidaksamaan.

Dalam istilah tersebut, ia memberi gambaran seperti yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Kemudian dalam konteks pendidikan pula, ia menerangkan tentang kanak-kanak yang ketinggalan dalam pelajaran akan menunjukkan prestasi yang teruk sekaligus membawa kepada kejurangan yang besar antara pelajar yang lain.

Perkara itu akan menjadi lebih parah dan akan meningkat dari semasa ke semasa jika dibiarkan, kata Fadhlina.

“Yang kedua adalah kesan Matthew yang memberi kesan yang cukup besar.

“Selepas pandemik kita lihat, kesan Matthew semakin membesar yang membawa jurang di mana kalau tidak ditangani dengan segera ia akan membawa kesan yang jauh lebih besar,” katanya.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.