Siakap Keli
pertandingan pelik
Kredit: Mat Peci via Instagram

Pertandingan “Pelik” Ini Berjaya Curi Perhatian, Buat Ramai Geli Hati 

Pertandingan “Pelik” Ini Berjaya Curi Perhatian, Buat Ramai Geli Hati 

Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan sekumpulan penduduk berkumpul dan menangis teresak-esak telah menjadi tular di media sosial.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kecamatan Cikampek, Kabupaten Karawang di Indonesia.

Menariknya, kumpulan penduduk itu bukan menangis kerana duka atau masalah hidup.

Sebaliknya, mereka merupakan peserta “pertandingan menangis” yang dianjurkan oleh seorang pempengaruh tempatan di situ.

Pempengaruh tersebut, yang dikenali sebagai Mat Peci, menganjurkan pertandingan unik itu sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-79.

Dalam video yang menjadi tular, kelihatan beberapa peserta lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur menitiskan air mata dengan penuh perasaan.

Ada juga yang kelihatan teresak-esak hingga wajah mereka kelihatan sembab akibat menangis terlalu lama.

Situasi ini membuatkan video tersebut mendapat perhatian ramai, bukan kerana merasa sebak, sebaliknya lucu melihat reaksi muka peserta.

Reaksi berlebihan peserta yang menangis secara dramatik membuatkan penonton tidak dapat menahan ketawa.

Malah, di ruangan komen, ramai pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi yang mencuit hati.

“Semua tengah mengingati beban hidup, sebab itulah terlalu menghayati perasaan,”

“Pertandingan paling mudah. Cukup bayangkan saja kehidupan masing-masing yang menyedihkan,”

“Beza kalau saya jadi peserta, mungkin saya akan ketawa terbahak-bahak, bukan menangis,”

BACA: Ini Alasan Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

BACA: Ini 5 Laman Web Paling Kerap Rakyat Malaysia Layari Sepanjang Ogos

BACA: “Keluarga Dari Malaysia” Ini Rupanya Pemilik Tanah Persendirian Ke-2 Terbesar Di New Zealand

Sumber: Mat Peci via Instagram

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.