Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
taufan yagi
Kredit: AFP

Taufan Yagi: Angka Kematian Semakin Meningkat, Penduduk Kini Bergelut Dengan Banjir

Azizah Najib

Taufan Yagi: Angka Kematian Semakin Meningkat, Penduduk Kini Bergelut Dengan Banjir

Vietnam – Angka kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam kini meningkat kepada 155 orang, manakala 141 orang lagi masih hilang, lapor AFP.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada jumlah itu termasuk mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa.

Taufan yang melanda utara negara itu merupakan paling kuat dalam tempoh 30 tahun.

Memetik AFP, taufan itu juga membawa angin kuat melebihi 149 kilometer sejam dan hujan lebat yang turut menyebabkan banjir. Malah, kesan dari banjir tersebut juga dapat dilihat di kawasan utara Laos, Thailand dan Myanmar.

Kredit: AFP

Orang ramai yang berada di Hanoi pula diarahkan untuk keluar dari situ berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dari Sungai Merah.

Ketua biro cuaca negara, Mai Van Khiem, berkata bahawa paras air di Sungai Merah itu berada pada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

BACA: Bomba Perak Kenal Pasti 323 Lokasi Titik Panas Kepala Air, Banjir

Beliau juga turut memberi amaran mengenai banjir serius yang meluas di wilayah sekitar ibu negara.

BACA: Selamat Mangsa Kereta Terjunam Dalam Parit, Dua Pemuda Terima Sijil Penghargaan Bomba

Sementara itu, menurut pihak berkuasa Hanoi, lebih 25,000 pokok tumbang di sekitar ibu kota disebabkan taufan tersebut. Pokok-pokok gergasi ini menghalang laluan utama menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk.

Menurut penduduk di sana, kehadiran taufan ini diiringi hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir terburuk sejak berdekad lalu. Salah seorang mangsa banjir, Phan Thi Tuyet berkata dia tidak pernah mengalami keadaan banjir setinggi itu.

“Saya telah kehilangan semuanya. Saya terpaksa naik ke tempat tinggi untuk selamatkan nyawa kami. Kami tidak boleh bawa apa-apa perabot pun. Semuanya sudah tenggelam,” katanya.

Kredit: AFP

BACA: Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat

Dalam masa yang sama, perumahan satu tingkat di sebahagian bandar Thai Nguyen dan Yen Bai hampir ditenggelami air keseluruhannya dengan para penghuninya duduk di atas bumbung sambil menanti bantuan tiba.

Anggota penyelamat dilihat sedang berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak dan warga emas di kawasan perumahan.

Menjengah ke ruang media sosial, orang ramai dilihat memohon bantuan dan bekalan sejak awal pagi apabila tidak dapat keluar dari kawasan tersebut akibat banjir.

Sumber: AFP