Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
lokasi kepala air banjir
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Bomba Perak Kenal Pasti 323 Lokasi Titik Panas Kepala Air, Banjir

Azizah Najib

Bomba Perak Kenal Pasti 323 Lokasi Titik Panas Kepala Air, Banjir

Sebanyak 323 titik panas bencana kepala air dan banjir dikesan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, lapor Sinar Harian.

Ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata 21 lokasi titik panas yang berisiko berlaku kepala air melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Larut, Matang dan Selama (LMS).

“Antara lokasi dikenal pasti adalah Burmese Pool, Lata Kekabu, Hutan Lipur Ulu Kenas, Gunung Suku, Lata Ulu Chepor, Kledang Saiong, Air Terjun Batu Berangkai dan Sungai Sahom.

“Selain itu, 302 lokasi banjir pula melibatkan Bagan Serai, Bukit Gantang, Changkat Jering, Chikus, Changkat Jong, Chenderong Balai, Klebang, Kuala Dipang, Ulu Slim dan Slim Village,” katanya.

BACA: Kepala Air Landa Yan, 4 Kampung Alami Banjir Kilat

Menurutnya lagi, langkah awal keselamatan telah diambil oleh pihak Bomba. Antaranya menempatkan anggota Bomba di lokasi berkenaan bagi memberi penerangan kepada orang awam. Hal ini berikutan lokasi berkenaan merupakan destinasi tumpuan ketika cuti sekolah.

“Setiap hujung minggu anggota akan turun ke lokasi ini untuk beri penerangan dan kesedaran selain mengedar risalah kepada orang awam berhubung aspek keselamatan di air ini. Kita juga akan memastikan aset-aset seperti bot dan kenderaan utiliti berada dalam keadaan sedia.

“Orang awam juga boleh menggunakan Life Saving Appliances (LiSA) sebagai langkah tambahan keselamatan yang disediakan di lapan lokasi titik panas ini. Peti ini mengandungi peralatan seperti pelampung, jaket keselamatan, ‘throw bag rope’ selain dilengkapi dengan siren,” tambahnya.

BACA: Insiden Kepala Air, 15 Orang Dikhuatiri Terperangkap Di Risda Eco Park

Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian kepala air baru-baru ini di Slim Village, Slim River bukan lokasi titik panas yang berada bawah pemerhatian pihaknya. Katanya lagi, banjir kilat berpotensi berlaku apabila adanya pembangunan yang tidak selari dengan sistem perparitan sedia ada.

“Pembangunan ketara yang tidak selari dengan sistem perparitan ataupun tanaman semula ladang, kawasan perumahan yang mana prasarana tidak mencakupi pembangunan baru merupakan faktor berlakunya banjir kilat selain mengganggu struktur alam semula jadi.

“Faktor inilah Bomba perlu berkolaborasi dengan agensi lain untuk sama-sama memberi input, membuat gerak kerja yang dinamik supaya kelancaran bagi operasi-operasi penyelamatan boleh dilakukan dengan baik dan lancar,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian