Siakap Keli
9 pelajar hilang
Sumber: New York Post

Dua Penarik Kereta Ditemukan Maut Dalam Kereta

Dua Penarik Kereta Ditemukan Maut Dalam Kereta

AMPANG — Dua penarik kereta kemalangan ditemukan maut dalam keadaan mulut berbuih di dalam sebuah kenderaan, petik Sinar Harian.

Difahamkan, orang ramai menyedari dua individu itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran Jalan Persiaran 9, Taman Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata pada jam kira-kira 6.17 petang, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian.

“Orang ramai mendapati dua individu terbabit dipercayai tidak sedarkan diri berada dalam sebuah kereta sebelum menghubungi talian MERS 999.

“Kakitangan perubatan dari Hospital Ampang yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan mendapati mereka telah meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pemeriksaan awal turut mendapati kenderaan berkenaan masih dalam keadaan hidup serta keempat pintu dan tingkap tertutup ketika dua lelaki terbabit ditemui.

“Pintu bahagian penumpang dan pemandu kemudiannya dibuka dan didapati kedua-dua individu terbabit dalam keadaan mulut berbuih serta tidak sedarkan diri.

“Selain itu, pemeriksaan turut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh badan kedua-dua individu itu,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan.

“Kedua-dua individu terbabit berumur lingkungan 30an dan bekerja sebagai penarik kereta kemalangan.

“Mayat kedua-kedua individu itu dibawa ke Hospital Ampang untuk proses bedah siasat,” maklumnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan berhubung kes itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Dilapor Hilang Ketika Jual Kuih, Gadis Ditemui Maut Dalam Keadaan Terikat

BACA: Ulang Tahun Ke-25, “Rindu Kami Kepada Arwah Nurin Tak Pernah Padam” – Bapa

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.