Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Badai Lapan Negeri Sehingga 10 Pagi Ini

Athirah
hujan lebat ribut petir lapan negeri
Gambar: BERNAMA

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Badai Lapan Negeri Sehingga 10 Pagi Ini

Jabatan Meteorologikal Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka akan melanda empat buah negeri.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi agensi cuaca itu, amaran yang dikeluarkan adalah sehingga pukul 10 pagi ini.

Manakala lapan negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Di Perak, kawasan-kawasan yang terkesan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Seterusnya, amaran yang sama turut dikeluarkan bagi negeri Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Menurut MetMalaysia lagi, hujan lebat ribut petir juga dijangka melanda kawasan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Hujan lebat, ribut petir dijangka badai lapan negeri

Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat di Sabah juga perlu bersiap sedia dengan amaran yang sama.

Satu lagi negeri yang terlibat dalam amaran tersebut adalah Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.

Amaran angin kecang dan laut bergelora sehingga 18 September

Sebelum ini, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan berkuatkuasa bermula hari ini (13 Oktober) sehingga 18 September 2024.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah dari 13 hingga 18 September 2024.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.”

BACA: Tersepit Antara Dua Kenderaan, Mekanik Maut Ketika Baiki Treler Rosak

Sumber: MetMalaysia