Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
smpc chong hwa juara
Kredit: Azimin Daud/Wong Kah Woh
Tiada Kategori

Bawa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa, SMPC Chong Hwa Juara Pertandingan Koir

Azizah Najib

Bawa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa, SMPC Chong Hwa Juara Pertandingan Koir

Dalam usaha memupuk semangat patriotik dan cintakan bahasa rasmi negara, pelbagai aktiviti dianjurkan bermula dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

Pada kebiasaannya, penganjur akan memilih pertandingan-pertandingan mudah untuk disertai golongan belia dengan bertemakan kenegaraan. Antaranya pertandingan mendeklamasi sajak, menulis cerpen dan pementasan.

Menjengah ke Festival Bahasa Dan Sastera 2024 yang telah berlangsung pada Khamis di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pelbagai kategori telah dipertandingkan dengan menerima penyertaan khas murid-murid bukan Melayu dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan seluruh Malaysia. Salah satunya pertandingan koir.

BACA: Leia Mayssa Wakil Malaysia & Asia Tenggara Ke Kem Matematik Antarabangsa

Nyanyian yang mendayu dan mempunyai irama penuh emosi menjadikan sesebuah lagu kedengaran begitu mengasyikkan. Berlainan pula dengan nyanyian yang bersemangat mengikut rentak rancak, membuatkan hati pendengar turut melonjak ingin berdansa.

Itulah yang dapat digambarkan sejurus mendengar persembahan dari juara pertandingan koir, SMPC Chong Hwa, Kuala Lumpur yang bukan sahaja berjaya memikat hati para juri, malah menjadi halwa telinga buat para penonton.

Menerusi video pendek perkongsian Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh di laman TikTok, persembahan kumpulan ini sememangnya layak menyandang gelaran juara pertandingan. Murid-murid ini memilih untuk mendendangkan lagu Bahasa Jiwa Bangsa, sebuah lagu ciptaan Tan Sri Dol Ramli.

BACA: Izzat Shameer Atlet Nombor Satu Dunia

Nyanyian yang harmoni, disulami rentak dan gaya tarian yang ceria membuatkan pentas tampak meriah dengan kehadiran suara merdu mereka.

Dalam masa yang sama, seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, Azimin Daud, turut berkongsi sebuah video nyanyian murid-murid SMPC Chong Hwa di luar dewan. Biarpun tanpa persediaan, mereka mampu menyampaikan nyanyian dengan penuh keyakinan.

BACA: Dua Pemanah Cilik Malaysia Ungguli Podium Di Perancis

Nyanyian merdu sang juara ini mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata mengagumi bakat mereka.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah SK ucapkan kepada adik-adik SMPC Chong Hwa.

Sumber: wongkahwoh, Arkib Negara Malaysia