Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
disengat tebuan
Kredit: Sinar Harian

Disengat Tebuan, Warga Emas Meninggal Dunia

Azizah Najib

Disengat Tebuan, Warga Emas Meninggal Dunia

Sik – Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sik malam tadi akibat serangan tebuan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman memberitahu bahawa mangsa, Ahmad Dahman yang berusia 73 tahun memanjat pokok dokong untuk mengambil buah sebelum diserang tebuan. Mangsa dikatakan berada bersama seorang anaknya ketika kejadian berlaku sekitar 4.30 petang.

“Ketika hendak turun, mangsa dipercayai diserang tebuan menyebabkan dia mengalami kecederaan di seluruh badan dan muka.

BACA: Tersepit Antara Dua Kenderaan, Mekanik Maut Ketika Baiki Treler Rosak

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sik dengan bantuan anggota anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik pada jam 5.40 petang,” katanya.

Menurutnya lagi, mangsa masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Sik. Hasil pemeriksaan mendapati tubuh badan mangsa mempunyai 120 kesan sengatan tebuan.

Abdull Razak memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.50 malam setelah menerima resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat ‘sengatan hornet besar-besaran dengan kegagalan berbilang organ (massive hornet stings envenomation with multi organ failure).

BACA: Dilapor Hilang Ketika Jual Kuih, Gadis Ditemui Maut Dalam Keadaan Terikat

“Mangsa juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kolestrol serta pernah mengalami angin ahmar,” tambahnya.

Dalam satu kejadian berasingan, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia apabila cedera parah akibat serangan beruang. Mangsa, Muhamad Zaki Che Mohamed parah apabila diserang seekor beruang semasa memikat burung di hutan berdekatan Kampung Dalam Senduk, Jerek.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 pagi Sabtu selepas enam hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

BACA: Bayi Lelaki 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Di Pusat Jagaan Berpantang

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerek Baru.

Menurut laporan Bernama, mangsa mengalami kecedaraan di kepala, kaki dan mata akibat cakaran haiwan liar itu.

Sumber: Sinar Harian (1) (2)