Hari Pertama MAHA 2024 Dah Meriah, Tapi Awal-awal Lagi Ramai Dah ‘Serang’ Booth Merah Ni
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan atau singkatannya MAHA untuk edisi 2024 telahpun bermula dari 11 September sehingga 22 September 2024. Melalui tinjauan, hari pertama festival ini dilihat sudah pun meriah. Pelbagai tarikan baharu yang ada pada MAHA 2024 dan salah satu yang sentiasa disebut-sebut adalah Floating Market.
Walau bagaimanapun, tumpuan kali ini lebih terarah kepada ‘serbuan’ orang ramai ke satu booth berwarna merah di Hall A. Apa sebenarnya tarikan di situ sehingga ramai pengunjung membanjiri kawasan tersebut. Menurut kata-kata orang, ada ganjaran yang sangat-sangat berbaloi di sana?
Booth merah milik AgroBank
Booth merah yang menjadi tumpuan di Hall A, MAHA 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang itu sebenarnya empunya AgroBank. Ramai pengunjung yang singgah di booth berkenaan tidak kira masa. Tapi, kenapa ramai dan apa tarikan yang AgroBank sendiri tawarkan?
Tidak hairanlah ramai pengunjung, rupa-rupanya AgroBank telah melancarkan ‘Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari’ dan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024. Bukan itu sahaja, AgroMAHA turut menawarkan lebih 50 hadiah termasuk 12 motosikal dan gajet-gajet menarik.
AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari
Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari akan bermula dari 14 September sehingga 22 September 2024. Motosikal yang dijadikan sebagai hadiah setiap hari adalah sebanyak 6 unit Yamaha Y15ZR dan juga 6 unit Yamaha NMAX.
Pengunjung bukan sahaja boleh memenangi motosikal, tapi terdapat juga lebih 50 hadiah menarik. 50 hadiah yang dimaksudkan adalah 40 pemenang sijil simpanan AgroPrimaS RM500, 6 pemenang jam pintar Garmin Vivoactive 5, 12 pemenang telefon pintar Huawei Nova 12i dan juga 5 pemenang Edifier Wireless Headphone.
Bagaimana nak sertai? Mudah sahaja, pelanggan-pelanggan Agrobank sama ada yang baru atau sedia ada hanya perlu menyimpan dan melanggan produk-produk terpilih. Produk-produk yang terpilih antaranya AgroPrimaS dan FRIA-i / FRIA-i 45 Plus, Takaful Kasih Plus, Agro Nurani, Agro Madani, Agro Takaful Flexi, Agro Takaful Aspirasi serta Pembiayaan Peribadi AgroCash-i dengan kelulusan segera.
Satu tiket cabutan bertuah akan diberikan setiap satu produk yang disebutkan tadi. Cabutan harian akan dijalankan sebanyak dua kali sehari. Lebih menarik kan, pelanggan boleh memenangi lebih daripada satu hadiah. Nak lebih mudah, korang boleh imbas kod QR dalam gambar di bawah untuk Terma dan Syarat.
Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024
Agrobank menyediakan perlindungan kepada para pelanggan dengan manfaat tambahan yang menarik melalui Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024. Dengan harga serendah RM54 bagi TKP 3, pelan ini telah menawarkan perlindungan yang memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan diri.
Apa yang istimewanya kad ini, dengan harga mampu milik, pelanggan sudah boleh menikmati komprehensif beserta manfaat tambahan termasuk kecederaan akibat ragut dan caj ambulans. Walau bagaimanapun, kelayakan bagi manfaat ini terbuka kepada pelanggan yang mendaftar bermula 26 Ogos sehingga 30 September dan ianya terpakai pada penyertaan TKP 3, TKP 4, TKP 5 dan TKP 6.
DuitNow QR Agrobank
Agrobank berkolaborasi bersama PayNet turut menawarkan ganjaran istimewa wang tunai bernilai RM20k untuk pelanggan yang menggunakan DuitNow QR Agrobank untuk sebarang pembayaran di MAHA. Walau bagaimanapun, minimum bagi setiap transaksi adalah sebanyak RM20 dan penyertaan diambil melalui pengumpulan mata. Jadi, bila pengunjung ke MAHA 2024, lebih baik guna DuitNow QR Agrobank, mana lah tahu berpeluang meraih ganjaran yang disediakan oleh Agrobank.
Aktiviti Menarik Melalui AgroFit & Agro Youth
Bagi pelanggan yang datang bersama keluarga, jangan risau kerana anak-anak korang tak akan sempat berasa jemu menunggu kerana mereka boleh menyertai aktiviti-aktiviti melalui AgroFit dan juga Agro Youth yang disediakan untuk kanak-kanak. Antaranya pengembaraan MAHA 2024 bersama Agrobank adalah salah satu aktiviti sesuai untuk seisi keluarga kerana boleh meluangkan masa bersama. Lebih menarik, 30 pelanggan pertama setiap hari yang berjaya lengkapkan kembara AGRO MAHA 2024 bersama Agrobank akan berpeluang menang ganjaran menarik.
Kalau beginilah ganjaran yang ditawarkan oleh Agrobank, maka tak hairanlah booth Agrobank sentiasa diserbu orang ramai, terutamanya pada awal pagi lagi. Banyak ganjaran boleh dinikmati, motosikal ada setiap hari dan lebih menarik ada juga Tesla dan BYD untuk dimenangi melalui Kempen Mega Million.
Untuk mendapatkan lebih banyak info dan maklumat mengenai tawaran yang diberikan Agrobank pada edisi MAHA 2024, korang boleh melayari laman sosial Agrobank seperti Facebook, Instagram dan juga laman Web.
Jadi, jumpa korang di MAHA 2024 dan jom kita serbu booth Agrobank yang terletak di Hall A, MAEPS Serdang.