Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don Meninggal Dunia

Hannah
Tan Sri Ahmad Mohd Don Meninggal Dunia
Sumber: BERNAMA

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) — Bekas Gabenor Bank Negara kelima Tan Sri Ahmad Mohd Don, 77, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jalan Tengah, Stulang Bahru di sini awal pagi tadi.

Isterinya, Puan Sri Hamidah Mohamed, 57, berkata Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 1.55 pagi akibat kegagalan pelbagai organ.

Beliau berkata jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Darussalam di Kampung Stulang Bahru pada 9 pagi.

“Allahyarham pergi menghadap ilahi dengan mudah dan ahli keluarga ada bersamanya.

“Proses pengurusan jenazah juga berjalan lancar dan Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Sungai Danga sekitar jam 11 pagi tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BACA: Wanita Maut Jatuh Lubang Saluran Air

Hamidah, yang menyifatkan Ahmad sebagai seorang suami penyayang, berkata Allahyarham sebelum ini turut mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana menghidap paru-paru berair pada tahun lepas.

Ahmad, yang mempunyai tujuh anak, dilantik sebagai Gabenor Bank Negara dari Mei 1994 hingga Ogos 1998 menggantikan Tan Sri Jaffar Hussein.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan serta pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Maybank dari 1991 hingga 1994 selain menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Alliance Bank Malaysia Bhd sejak 2017.

BACA: Mayat Pengawal Keselamatan Ditemukan Dalam But Kereta

BACA: Pokok Tumbang Dan Banjir Kilat Di Pulau Pinang

Sumber: BERNAMA