Siakap Keli
Feri Terkandas Beting Pasir
Gambar: Konsortium Ferrylines

Feri Terkandas Beting Pasir: 567 Penumpang Selamat Tiba Di Langkawi

Feri Terkandas Beting Pasir: 567 Penumpang Selamat Tiba Di Langkawi

ALOR SETAR — Seramai 567 penumpang dilaporkan selamat tiba di Langkawi kira-kira jam 10.40 malam tadi selepas feri Bahagia 168 yang dinaiki itu terkandas di beting pasir selama lebih 8 jam semalam, lapor Astro Awani.

Difahamkan, pada jam 9.05 malam, feri berkenaan kembali bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom semalam.

“Seramai 567 penumpang feri sebelum ini terkandas di beting pasir di perairan Kuala Perlis selepas belayar dari Kuala Perlis jam 2.30 petang Isnin.

“Semua penumpang selamat sampai di Terminal Feri Penumpang Kuah dan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Feri Bahagia 168 dilaporkan tersangkut pada beting pasir selepas belayar dari Terminal Feri Kuala Perlis pada jam 2.30 petang semalam.

BACA JUGA: Feri Bawa 567 Penumpang Ke Langkawi ‘Tersangkut’, Tiga Lagi Terpaksa Berpatah Balik

Semalam, SK melaporkan insiden ini berlaku akibat cuaca buruk yang melibatkan hujan lebat serta angin kencang.

Keadaan angin kuat tersebut telah menyebabkan feri terpesong dari laluannya yang asal, lalu tersangkut di kawasan beting pasir.

Namun, Dr. Baharin mengesahkan bahawa semua penumpang feri yang berlepas dari terminal pada jam 2.30 petang berada dalam keadaan selamat.

“Kerja untuk memindahkan mangsa sedang diusahakan (pada ketika itu), bagaimanapun kami menghadapi kesukaran dan kami dibantu oleh Maritim Malaysia untuk lakukan pemantauan.

“Kerja pemindahan mangsa agak sukar kerana jumlah yang ramai bagaimanapun kita masih menunggu air laut pasang,” katanya.

Tiga feri berpatah balik

Dalam pada itu, Dr. Baharin turut memaklumkan bahawa tiga trip feri dari Kuala Kedah ke Langkawi terpaksa berpatah balik akibat ribut.

Trip-trip tersebut melibatkan feri yang membawa 120 penumpang pada jam 1.30 tengah hari, 149 penumpang pada jam 2 petang serta feri dengan 410 penumpang yang berlepas pada jam 2.30 petang.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

BACA JUGA: Johan Shahzidane Patah Tulang Pipi Semasa Sesi Latihan PDRM

BACA JUGA: Lima Negeri Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"