Lima Negeri Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 9 pagi ini.
Menurut METMalaysia, lima negeri yang terlibat adalah Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Wilayah Labuan.
Difahamkan, keseluruhan Wilayah Labuan dijangka berdepan cuaca buruk itu.
“Bagi Perak, kawasan yang terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Di Negeri Sembilan diramal berlaku di Seremban, Port Dickson dan Rembau sementara Melaka hanya dua daerah, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Manakala bagi kawasan di Sabah adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum METMalaysia.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02G2hqCzdXHMF9NfnnWdGNbn5uamkP9HpsppAJ1V1YJWVB7pWvynM3g77zQLnXsGrSl