Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
polis tidak haram rxz
Kredit: Bernama

Polis Tidak Cadang Haram Perhimpunan RXZ – Pengarah JSPT

Azizah Najib

Polis Tidak Cadang Haram Perhimpunan RXZ – Pengarah JSPT

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Polis setakat ini tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia termasuk prosedur dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan polis peringkat kontinjen.

“Sebelum penganjuran sesuatu acara dibenarkan, ia melibatkan banyak pihak termasuk PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen selain kebenaran daripada pihak polis.

BACA: Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

“Pihak JSPT akan memfokuskan kepada kawalan lalu lintas dan keselamatan berdasarkan jumlah peserta, kenderaan serta orang ramai yang ingin hadir dalam acara itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata tiga individu maut dalam tiga kemalangan berasingan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0.

Program We Are RXZ Members yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada 13 dan 14 September lepas merupakan edisi keenam penganjuran selepas kali pertama diadakan bermula 2017.

BACA: Disengat Tebuan, Warga Emas Meninggal Dunia

Sementara itu, Mohd Yusri berkata sebanyak 1,366 kes kemalangan direkodkan berlaku di seluruh negara semalam melibatkan 12 kes kematian, menurun daripada 14 kes kematian dengan 1,641 kes kemalangan pada hari sebelumnya.

“Faktor kemalangan yang utama adalah faktor manusia selain faktor kenderaan dan persekitaran yang hampir 95 peratus kemalangan jalan raya berlaku. Sikap pengguna kenderaan bermotor memainkan peranan penting apabila berada di atas jalan raya.

“Hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, selain bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

BACA: KPM Sedia Beri Peluang Kepada 402 Kanak-Kanak Mangsa Eksploitasi Peroleh Pendidikan

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya terutamanya yang pulang ke kampung sempena cuti sekolah supaya merancang perjalanan.

“Apabila terperangkap di dalam kesesakan hendaklah bersabar dan kawal emosi supaya tiada perkara negatif akan berlaku. Gunakan peluang cuti sekolah ini untuk mendidik ahli keluarga tentang pentingnya keselamatan di jalan raya untuk mengurangkan kadar kemalangan maut,” katanya.

Sumber: Bernama