Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Dijangka Landa Tujuh Negeri

Iqbal Yasir
hujan lebat tujuh negeri
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Dijangka Landa Tujuh Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari meramalkan tujuh negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 3 petang ini.

Negeri-negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Dalam kenyataan itu memaklumkan, kesuluruhan kawasan di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan diramal mengalami cuaca buruk berkenaan.

BACA: Siap Ada ‘Floating Market’, Ini 6 Tarikan Terbaru MAHA 2024, Kali Ini Lebih Mendonia

“Bagi Negeri Selangor daerah yang dijangka memgalami cuaca ini termasuklah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala di Negeri Sembilan pula daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

“Beralih ke Sarawak, hanya melibatkan kawasan Miri dan Marudi selain Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort),” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Sumber: MET Malaysia

BACA JUGA: Jadi Pilihan Ramai, Ini Kisah Di Sebalik Kelahiran Burger Ramly

BACA JUGA: Rupa-rupanya Ini Sebab Mat Saleh Tidak Mahu Malaysia Jadi Popular