Siakap Keli
5 sukan pelik dunia
Sumber: How Stuff Works

Ini 5 Sukan ‘Pelik’ Di Dunia

Ini 5 Sukan ‘Pelik’ Di Dunia

Sukan merupakan sebahagian besar daripada budaya manusia, dan selama berabad-abad, manusia telah mencipta sukan baru sebagai hiburan.

Bola sepak dan badminton adalah antara sukan yang sangat popular, namun sebenarnya, terdapat ratusan sukan lain yang dimainkan di seluruh dunia.

Sebahagian daripada sukan ini merupakan sukan tradisional lama, manakala ada juga sukan moden yang dianggap ‘pelik’ muncul dalam beberapa tahun terakhir.

Justeru, SK hari ini bakal kongsikan 5 sukan ‘pelik’ yang dimainkan di seluruh dunia.

1. Bo-Taoshi

@greatestsportsmoments00

I’m in on Bo-taoshi. When is the next match? 🇯🇵 #sports #sportshighlights #fyp #Botaoshi #japan #weirdsports

♬ original sound – Greatest Sports

Bo-Taoshi adalah sukan yang dicipta oleh tentera Jepun sebagai latihan fizikal.

Ia melibatkan 75 pemain dalam satu pasukan yang berperanan sama ada menyerang atau bertahan.

Pasukan penyerang perlu menjatuhkan tiang kayu yang didirikan secara tegak kepada sudut 30 darjah.

Manakala, pasukan bertahan perlu mempertahankan tiang tersebut dengan apa cara sekalipun, termasuk berdiri di puncak tiang.

2. Cheese Rolling

@ozzymanreviews

Link in bio to me full commentary on the Cheese Rolling Race 2022 🎙🔊 #ozzyman #ozzymanreviews #cheese #cheeserolling #england #funny #sport #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Ozzy Man Reviews

Cheese Rolling adalah sukan tahunan yang diadakan di bukit berhampiran Gloucester, England, di mana roda keju digolekkan menuruni bukit dan peserta perlu mengejarnya.

Orang pertama yang sampai ke bawah dan melepasi garisan penamat akan memenangi keju tersebut.

Meskipun kelihatan mudah, bukit yang curam dan tidak rata membuatkan ramai peserta jatuh tergolek dengan kelajuan tinggi.

3. Bossaball

@happynewsnetwork

Heard of Bossaball? 🏐🏝️ #bossaball #bossanova #bossa #brazil #brazil🇧🇷 #newest #sports #beachvibes #volleyball

♬ original sound – HNN

Bossaball adalah gabungan antara bola tampar, bola sepak, gimnastik dan ‘capoeira’, dimainkan di gelanggang yang diperbuat daripada lantai kembung dengan trampolin di tengah.

Sukan ini dicipta oleh Filip Eyckmans pada tahun 2004 dan pertama kali dimainkan di Sepanyol.

Pemain melompat-lompat di trampolin dan perlu menghantar bola ke gelanggang lawan menggunakan tidak lebih daripada lima sentuhan.

Sukan ini kebanyakannya dimainkan di pantai di seluruh dunia.

4. Extreme Ironing

https://www.tiktok.com/@ba.explorationn/photo/7223395075395685678?_d=secCgYIASAHKAESPgo8ooBj3R5Os5aZsVIFaxueKo%2B2TRbSNzly1u0eF0Oe3osL8KYcDPI7sjhCvnp6QYCRF6V%2BAUtJ%2F9E2trkgGgA%3D&_r=1&checksum=657b0e668c26121e3ab3aebe44e6e3f0f171a572d0f47953167651fb90e845bc&link_reflow_popup_iteration_sharer=%7B%7D&mid=7171543638617377578&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAUivFGHdsotlcRwZtrApmagk6mieBD3N9qpZZgXhfDiSl5sa3Z4SmJVXxgjLCAG3p&share_app_id=1180&share_item_id=7223395075395685678&share_link_id=3E995267-9841-4116-BCAF-F826CAD6745B&sharer_language=en&social_share_type=14&source=h5_t&timestamp=1726752299&tt_from=copy&u_code=e5l4ebc4b6g203&ug_btm=b0%2Cb2878&ug_photo_idx=9&user_id=7186283019312514075&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy

Sukan ini yang berasal dari UK ini menjadi popular di seluruh dunia selepas satu dokumentari mengenainya disiarkan.

Sukan ini melibatkan orang membawa papan gosok ke lokasi-lokasi ekstrem seperti di puncak gunung, ketika berselancar, di atas kano, atau bahkan semasa terjun payung.

Pada tahun 2002, Kejohanan Dunia Extreme Ironing yang pertama diadakan dengan penyertaan 10 negara.

5. Chess Boxing

@insighclopedia

Chess + Boxing?! #chess #boxing #chessboxing

♬ original sound – Insighclopedia

Chess Boxing adalah hasil gabungan sukan catur dan tinju, dicipta oleh artis persembahan Belanda, Lepe Rubingh.

Pertandingan pertama berlangsung di Berlin pada tahun 2003, dan kini sukan ini telah mendapat sambutan di Jerman, Britain, India dan Rusia.

Setiap pertarungan mempunyai 11 pusingan (enam catur, lima tinju) yang berselang-seli, masing-masing berdurasi tiga minit.

Peserta boleh memenangi perlawanan melalui knockout, checkmate atau jika lawan mereka melebihi had masa dalam pusingan catur.

BACA: Sukan ‘Pelik’ Ini Dapat Sambutan Di Jerman, Berjaya Curi Perhatian Warga Maya

BACA: Berang Koleksi Manga “Attack On Titans” Dibuang, Anak Nekad Saman Ibu Sendiri

BACA: Orang Ramai Kongsi Detik-Detik Cemas Ribut Landa Pulau Pinang

Sumber: How Stuff Works