Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penumpang ganti rugi
Gambar: Bernama

Penumpang Diarah Bayar Ganti Rugi Bahan Api, Sebabkan Pesawat Berpatah Balik

Iqbal Yasir

Penumpang Diarah Bayar Ganti Rugi Bahan Api, Sebabkan Pesawat Berpatah Balik

SYDNEY — Mahkamah Majistret Perth mengarahkan seorang penumpang syarikat penerbangan membayar ganti rugi sejumlah wang yang banyak kerana mengakibatkan pembuangan bahan api sebuah syarikat penerbangan, lapor CNN.

Ia selepas tingkah laku lelaki itu menganggu semasa penerbangan dari Perth ke Sydney hingga membuatkan pesawat tersebut berpatah balik pada tahun lalu.

Menurut Polis Persekutuan Australia, tertuduh berusia 33 tahun dari Australia Barat telah menyebabkan penerbangan tersebut kerugian bahan api.

Tertuduh perlu membayar bahan api itu selepas juruterbang terpaksa membuang minyak sebelum mendarat semula dan penumpang yang lain terpaksa ditempatkan semula pada penerbangan kemudian, petik CBS News.

Sementara itu, tertuduh yang identiti tidak didedahkan di mahkamah juga mengaku bersalah dalam satu lagi pertuduhan yang dibicarakan iaitu berkelakuan buruk di dalam pesawat, yang membawa kepada denda yang perlu dibayar.

Tidak hanya itu, mahkamah juga memerintahkan lelaki itu membayar lebih A$8,630 (kira-kira RM36,938) untuk menampung kos bahan api yang terbuang, menjadikan jumlah penalti melebihi A$17,630 (kira-kira RM75,458).

“Insiden ini sepatutnya menjadi peringatan bahawa tingkah laku jenayah di atas kapal boleh menyebabkan kerugian terhadap pelaku.

“Lebih mudah sekiranya untuk mereka mematuhi arahan kakitangan syarikat penerbangan daripada menimbulkan isu yang tidak sepatutnya, yang akhirnya merugikan diri sendiri,” kata Shona Davis, Pemangku Penguasa AFP, dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 25 September 2023 dan kes itu mengambil masa kira-kira setahun untuk berjalan melalui sistem perundangan Australia.

Pada 2021, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan dasar toleransi sifar untuk penumpang yang berkelakuan buruk atau melanggar peratuan di dalam pesawat.

Terdahulu, SK melaporkan sebuah pesawat terpaksa berpatah balik dengan kembali semula ke lapangan terbang gara-gara seorang wanita mendakwa telah tertinggal bayinya di terminal.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Polis Tahan Lima Individu, Rampas Dua Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Sempadan Bukit Kayu Hitam

BACA JUGA: Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang