Siakap Keli
cara tahu badan berbau
Kredit: Aimanz Sham

Ini Cara Untuk Tahu Badan Berbau Busuk Atau Tidak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Cara Untuk Tahu Badan Berbau Busuk Atau Tidak

Pernahkah anda perasan, kadang kala badan anda mengeluarkan bau yang amat kuat hinggakan anda sendiri tidak tahan dan kadang kala seperti tidak berbau langsung?

Bau badan boleh menjadi semakin kuat dan kurang menyenangkan berpunca daripada pelbagai faktor. Menurut Hello Doktor, bau badan boleh berpunca daripada kesan sampingan ubat-ubatan, ketagihan makanan berempah seperti bawang atau cili, menghadapi tekanan yang berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, dan penggunaan baju dalam yang terlalu lama.

Selain daripada punca yang disebutkan, faktor gangguan genetik juga boleh menyumbang kepada bau badan yang busuk. Mereka yang menghidap penyakit diabetes turut mengalami masalah bau badan yang kurang enak ini.

Biarpun kadang kala anda yakin badan anda tidak berbau, sebenarnya keadaan itu disebabkan oleh hidung anda yang sudah terbiasa dengan bau badan.

BACA: Ini 4 Tanda “Wiper” Kereta Sudah Rosak & Perlu Ditukar

Menurut Healthline, keadaan ini dipanggil nose blind.

Jadi, jika kita tidak boleh mengetahui bau badan sendiri, bagaimana caranya untuk kita tahu yang badan kita sebenarnya berbau busuk?

Bagi menjawab persoalan anda itu, ikuti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Aimanz Sham di bawah.

Cara untuk ketahui bau badan

Terdapat tiga cara mudah yang boleh dilakukan sendiri untuk kenal pasti badan anda berbau busuk atau tidak.

Pertama sekali, cium bau ketiak sejurus selepas seharian keluar atau melakukan aktiviti.

ketahui bau badan
Kredit: Aimanz Sham

Cara kedua, cium bau badan pada baju yang sudah dipakai seharian atau selepas bersenam. Anda boleh cuba bau di bahagian ketika atau tengkuk baju.

bau badan
Kredit: Aimanz Sham

BACA: Elak Tercemar, Periksa Perkara Ini Dulu Sebelum Beli Telur

Cara ketiga, anda boleh juga bertanya kepada kawan baik atau ahli keluarga berkenaan bau badan anda.

Jadi, setelah mengetahui punca dan bau badan anda, apa yang perlu anda lakukan?

Menerusi perkongsian yang sama, Aimanz turut memberi beberapa cadangan bagi mengatasi bau badan yang tidak enak.

“Mungkin kalau tak pakai deodoran, boleh pakai deodoran. Kalau dah pakai deodoran (dan masih berbau), mungkin kena tukar deodoran itu. Mungkin juga cara mandi anda salah atau pemilihan sabun mandi yang tak kena,” ujarnya.

Jadi, jika anda rasa badan anda ada masalah bau yang kurang menyenangkan, bolehlah anda periksa beberapa penyebab yang berkemungkinan dan tukar cara pengurusan diri anda segera. Badan yang wangi mampu menceriakan orang-orang di sekeliling anda.

@aimanzsham

Check bau badan korang setiap bulan sebab badan kita boleh berubah-ubah

♬ original sound – Aimanzsham – Aimanzsham

Sumber: Aimanz Sham, Hello Doktor (1)  (2)

BACA: Lampu Amaran Masih Menyala Walau Dah Turunkan “Hand Brake”? Ini Puncanya

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: