Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
urusan rasmi mb kedah
Kredit: Bernama

MB Kedah Berada Di Luar Negara Untuk Urusan Rasmi – Pejabat MB Kedah

Azizah Najib

MB Kedah Berada Di Luar Negara Untuk Urusan Rasmi – Pejabat MB Kedah

ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Pejabat Menteri Besar Kedah mengesahkan bahawa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini berada di Kumamoto, Jepun, atas urusan rasmi.

Penjelasan ini dibuat susulan dakwaan di media sosial yang menuduh beliau bercuti bersama isteri ketika beberapa daerah di Kedah dilanda banjir dan ribut.

Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar menegaskan bahawa lawatan Muhammad Sanusi bukan untuk bercuti, tetapi bagi mempelajari pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah tersebut.

BACA: Lapan Perjalanan Feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi Batal Akibat Ombak Kuat

“Ini kerana satu projek alternatif akan dilaksanakan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air dari sumber bawah tanah, bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah sehingga 2040.

“Projek pembinaan empangan air bawah tanah di Langkawi, yang dijangka siap pada 2028, merupakan yang pertama di Asia Tenggara,” menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini.

Menurut kenyataan sama, beberapa staf pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) turut menyertai lawatan sambil belajar yang telah diatur sejak mesyuarat LSANK pada 1 April 2024.

Delegasi Kerajaan Kedah berangkat ke Jepun pada 17 Sept, sebelum banjir teruk melanda negeri itu.

BACA: Apa Kaitan Air Pasang Besar Dengan Gerhana Bulan? Ini Jawapannya

Menurut kenyataan itu, ketiadaan Menteri Besar Kedah di tanah air tidak akan menjejaskan operasi bantuan, kerana agensi kawalan, bantuan, dan keselamatan di bawah Kerajaan Negeri serta Persekutuan diyakini mampu menangani situasi dengan efisien.

“Walaupun berada di luar negara, Menteri Besar sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa bagi memastikan beban bencana yang ditanggung mangsa banjir di Kedah ditangani dengan cepat dan berkesan,” katanya.

Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah meningkat kepada 6,087 orang daripada 1,942 keluarga, berbanding 4,426 orang daripada 1,306 keluarga pada 8 malam tadi.

BACA: Enam Daerah Di Kedah Banjir Susulan Hujan Berterusan Selama Dua Hari

Mangsa dari tujuh daerah terjejas ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan daerah Kota Setar paling teruk terjejas, melibatkan 2,424 mangsa, diikuti Kubang Pasu (1,537 mangsa) dan Pokok Sena (925 mangsa).

Semalam, Menteri Besar Kedah mengumumkan pemberian bantuan awal sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS.

Sumber: Bernama