Pascabanjir Kedah: Kerajaan Umum Peruntukan RM13 Juta – PM Anwar
ALOR SETAR, 21 Sept (Bernama) — Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata peruntukan tersebut adalah untuk sumbangan, pembersihan, serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir.
Anwar berkata bagi daerah Kota Setar sahaja diperuntukkan sejumlah RM3 juta, manakala bagi keseluruhan negeri Kedah diperuntukkan RM10 juta bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir, dapat ditangani.
“Saya minta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, selaraskan perkara ini supaya disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di sini hari ini.
Sumber: Bernama
BACA: Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 7,494 Pagi Ini