Siakap Keli
Kredit: Bernama

Polis Serbu Rangkaian Perniagaan Dipercayai Ada Kaitan Dengan GISBH

Polis Serbu Rangkaian Perniagaan Dipercayai Ada Kaitan Dengan GISBH

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam satu operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang pagi tadi.

Serbuan yang bermula 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan, serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara premis perniagaan yang diperiksa termasuk klinik, restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, premis percetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan beberapa perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH.

BACA: CEO GISBH, Isteri Dan Anak Bekas Pemimpin Al-Arqam Antara 19 Ditahan Polis

Berdasarkan tinjauan Bernama sewaktu operasi itu, sehingga 8.30 pagi, polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap individu di kawasan tersebut, termasuk kanak-kanak.

Pada masa yang sama, pihak MPS dilihat sedang merobohkan beberapa struktur yang didirikan secara tidak sah, serta menyita premis-premis perniagaan tertentu.

Keseluruhan kawasan pusat perniagaan di Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.