Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
ketua pegawai eksekutif gisbh
Kredit: Bernama

Polis Serbu Tiga Rumah Keluarga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Di Kelantan

Azizah Najib

Polis Serbu Tiga Rumah Keluarga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Di Kelantan

KOTA BHARU, 21 Sept (Bernama) — Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini.

Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan itu, bermula pada 6.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira 9 pagi.

Wartawan Bernama yang turut menyertai operasi terbabit mendapati kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak mendiami tiga kediaman itu.

Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISBH yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.

BACA: Penentuan Nasab Kanak-kanak Rumah Amal GISBH Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Negeri

Bernama difahamkan rumah berkenaan menjadi tempat menginap ahli GISBH sejak puluhan tahun, dengan penghuni yang bertukar ganti.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi memaklumkan operasi hari ini diadakan secara besar-besaran di beberapa negeri termasuk Kelantan.

Beliau berkata perincian mengenai operasi itu akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Panji mendapati puluhan buku berkaitan ajaran yang diperjuangkan GISBH ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman pengikut kumpulan berkenaan.

BACA: OP Global Dedah Anomali: Ini Kronologi Kes GISBH

Wartawan Bernama difahamkan kesemua buku berkenaan ditanam dipercayai selepas seorang pengurusan tertinggi GISBH ditahan polis baru-baru ini.

Berikutan itu, sebahagian besar buku pula dilihat telah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap, manakala buku yang lebih tebal dan besar ditanam.

Pada 11 Sept, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu juga mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan 171 individu termasuk 105 wanita.

Sumber: Bernama

BACA: Polis Serbu Rangkaian Perniagaan Dipercayai Ada Kaitan Dengan GISBH