Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 5 petang ini.
Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, tujuh negeri dijangka terjejas oleh cuaca buruk ini.
Antara negeri yang terlibat termasuklah Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis.
“Bagi Kedah, daerah yang terlibat hanyalah Langkawi dan Kubang Pasu. Manakala Terengganu pula di daerah Setiu dan Hulu Terengganu.
“Di Selangor hanya, daerah Klang yang diramal mengalami cuaca buruk itu.
“Selain itu cuaca itu juga diramal melanda daerah Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin di Pahang,” tulis METMalaysia.
Beralih ke negeri Sarawak, METMalaysia meramalkan hujan lebat di kawasan Kuching, Serian dan Kapit (Song).
Sementara itu, daerah di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).
Penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Wanita Kongsi Kisah ‘Kebetulan’ Menarik Bertemu Jodoh
BACA: Netizen Sebak, Tekun Bantu Sunting Gambar Lelaki ‘Rindu’ Arwah Isteri
BACA: “Kami Sepatutnya Boleh ‘Makan’ Crystal Palace,” – Ten Hag
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia