Wanita Kongsi Kisah ‘Kebetulan’ Menarik Bertemu Jodoh
“Kalau dah jodoh, memang tak ke mana,” itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan kisah unik pasangan suami isteri ini.
Auliani Bismi melalui akaun TikToknya, @aulianibismi, berkongsi dokumen surat beranaknya dan pasangan.
Alangkah mengejutkan, kedua-dua mereka bukan sahaja lahir pada hari, bulan, dan tahun yang sama, malah di hospital yang sama.
Lebih menarik lagi, mereka turut disambut oleh doktor yang sama semasa dilahirkan.
Dilahirkan pada tahun 1997, Auliani tidak menyangka bahawa lelaki yang mempunyai latar belakang yang begitu serupa dengannya akhirnya akan menjadi suaminya.
Mereka hanya menyedari persamaan luar biasa ini selepas bertemu dan mengenali satu sama lain ketika bersekolah di sekolah yang sama.
Celik-celik je dekat dunia, dah jumpa jodoh

Menerusi gambar yang dikongsi, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada tahun 2022 sebelum pada akhirnya mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.
Kini, pasangan itu sudah pun dikurniakan cahaya mata pertama.
“Alhamdulillah, tahun 2023 kami berjaya melangsungkan perkahwinan selepas 11 tahun mengenali satu sama lain,” tulis Auliani.
https://www.tiktok.com/@aulianibismi/photo/7389616636434681093
Perkongsian itu nyata telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial, yang teruja dengan kisah luar biasa ini.
Sebahagian daripada mereka menganggapnya sebagai kebetulan yang sangat jarang berlaku.
“Ini baru dikatakan jodoh sejak dari lahir,”
“Seriuslah, macam tak percaya,”
“Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan Jannah, Amin,”
“Ni mesti mak masing-masing sudah berjanji,”
BACA: “Kami Sepatutnya Boleh ‘Makan’ Crystal Palace,” – Ten Hag
BACA: Rampasan OP Global Jadi Bukti Sokongan Tentukan Status Pegangan Akidah Pengikut GISBH – JAKIM
BACA: Angka Kematian Melebihi 500 Susulan Konflik Israel – Hizbullah
Sumber: Tribunnews.com, TikTok @aulianibismi