Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Status Pegangan Akidah GISBH
Gambar: Bernama

Rampasan OP Global Jadi Bukti Sokongan Tentukan Status Pegangan Akidah Pengikut GISBH – JAKIM 

Iqbal Yasir

Rampasan OP Global Jadi Bukti Sokongan Tentukan Status Pegangan Akidah Pengikut GISBH – JAKIM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Hasil rampasan Op Global fasa keempat oleh polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dijadikan bukti sokongan untuk menentukan status pegangan akidah pengikut kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Pengarah JAKIM Datin Hakimah Mohd Yusoff berkata bahan-bahan bukti berkenaan akan dijadikan asas dalam Kertas Laporan untuk dibincang dan diputuskan dalam Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) pada 24 hingga 26 Sept ini.

“Keputusan Muzakarah MKI mengenai status doktrin Kumpulan GISBH itu akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam mengeluarkan fatwa bagi membolehkan proses pendakwaan terhadap ajaran kumpulan itu dibawa ke Mahkamah Syariah,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran di Facebook JAKIM, semalam.

Hakimah berkata JAKIM amat menghargai kerjasama semua agensi yang terlibat khususnya pihak polis dalam membantu pihaknya melengkapkan bahan bukti untuk siasatan kes berkaitan GISBH.

“Penghargaan juga kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri yang memberi kerjasama erat kepada JAKIM selama ini bagi memastikan proses penentuan status pegangan akidah dan syariah pengikut GISBH dapat diputuskan secara tuntas.

“Jakim di bawah arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sentiasa berusaha bagi memastikan pegangan akidah dan syariah umat Islam di negara ini sentiasa selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata sebarang usaha yang boleh mencemarkan kesucian ajaran Islam akan dibendung dengan kerjasama semua pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semalam memaklumkan beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat dirampas dalam serbuan di premis berkaitan GISBH di seluruh Semenanjung Malaysia.

Antara hasil rampasan di Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang itu termasuk enam buku atau kitab disyaki berkaitan dengan ajaran Al Arqam iaitu gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.

BACA: Op Global: Seramai 155 Suspek Lagi Ditahan, 186 Mangsa Diselamatkan

BACA: Polis Serbu Tiga Rumah Keluarga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Di Kelantan

BACA: Polis Serbu Rangkaian Perniagaan Dipercayai Ada Kaitan Dengan GISBH

Sumber: BERNAMA