Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Op Global
Sumber: Bernama

Op Global: Seramai 155 Suspek Lagi Ditahan, 186 Mangsa Diselamatkan

Athirah

Op Global: Seramai 155 Suspek Lagi Ditahan, 186 Mangsa Diselamatkan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Kanak-Kanak lelaki yang videonya tular kerana dirotan oleh seorang anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menjadi antara 186 mangsa berjaya diselamatkan dalam Op Global fasa empat di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita.

Beliau berkata dalam serbuan pada awal pagi di 82 premis seperti rumah amal, klinik, maahad serta kediaman persendirian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH, polis turut menahan 155 suspek terdiri daripada 78 lelaki dan 77 wanita.

“Operasi fasa empat ini dilakukan bagi mengesan saki-baki ahli GISBH. Ia melibatkan seramai 3,801 sumber manusia iaitu 2,528 pegawai dan anggota PDRM serta 1,273 kakitangan agensi kerajaan antaranya Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) Jabatan Kimia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Dalam operasi yang disertai JAKIM ini, beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat turut dirampas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin berkata kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Semasa serbuan, katanya beberapa premis terbabit didapati kosong selepas anggota GISBH dipercayai melarikan susulan operasi yang dilakukan oleh polis di lokasi dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

Beliau turut meminta individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Ia bagi membantu polis melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh,” katanya.

BACA: Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Sumber: Bernama