Siakap Keli
anak rayu pulangkan ayah
Sumber: Sinar Harian

Dipercayai Dilarikan Individu Tidak Dikenali, Anak Rayu Pulangkan Ayah

Dipercayai Dilarikan Individu Tidak Dikenali, Anak Rayu Pulangkan Ayah

“Pulangkan kembali ayah dalam keadaan selamat,” – Itulah rayuan penuh harapan daripada anak sulung, Suraiya Izzaty Sabari, 29, mengenai kehilangan bapanya, Sabari Baharom, 62, yang tidak dapat dihubungi sejak 4 September lalu.

Menurut Suraiya, mereka sekeluarga berharap sekiranya bapanya berada bersama orang lain, individu tersebut dapat mengembalikan Sabari dalam keadaan selamat.

“Ayah tiada musuh. Ayah tak sebut pula jika ada masalah sebab selalunya dia akan beritahu kami adik-beradik jika ada masalah kewangan dan sebagainya.

“Kami sekeluarga berharap sangat agar tiada perkara buruk berlaku terhadap ayah,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang pada Ahad.

Suraiya menjelaskan, pada awalnya mereka menyangka bapanya mungkin berkunjung ke rumah rakan atau saudara-mara, atau mungkin ke negara jiran bersama teman baik.

Namun, semua jangkaan tersebut meleset apabila usaha pencarian di tempat-tempat yang biasa dilalui Sabari tidak menemui sebarang petunjuk.

“Laporan kehilangan telah dibuat pada 12 September lalu, namun tiada perkembangan sehinggalah penemuan sebuah kereta yang hangus terbakar di kawasan Pulau Belantik, Sik yang dipercayai milik ayah.

“Kami turut mendapat maklumat mengenai pengeluaran wang dalam jumlah yang besar dalam salah satu akaun bank ayah yang disimpan untuk menunaikan ibadah haji,” katanya.

Sebagai bekas pegawai kewangan di sebuah institusi, Suraiya menjelaskan bahawa bapanya adalah seorang yang sangat teliti terutamanya terkait pengeluaran wang.

“Rutin ayah selepas pencen lazimnya solat berjemaah di masjid, sarapan bersama jemaah di kedai…pergi kebun. Dia juga tidak suka bermewah, hidup biasa-biasa sahaja.

“Kami sering berhubung namun bila ayah hilang tiba-tiba…kami tiga beradik gusar,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan ahli keluarga Sabari percaya dia masih hidup dan mungkin dilarikan oleh individu yang tidak dikenali.

Ini berdasarkan pemindahan wang dari akaun bank milik Sabari ke akaun seseorang yang tidak diketahui dengan jumlah yang besar.

Kehilangan Sabari menimbulkan kebimbangan besar, dan keluarganya merayu agar dia dikembalikan dengan selamat.

BACA: Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

BACA: Tidak Pulang Sudah Empat Hari, Lelaki Ditemui Maut Tertimbus

BACA: Pekerja Kontrak Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman, Tetakan

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.