Siakap Keli

Ini ‘Perang’ Yang Kita Susah Nak Menang, Asyik Kalah Je Walau Banyak Kali Cuba

Ini ‘Perang’ Yang Kita Susah Nak Menang, Asyik Kalah Je Walau Banyak Kali Cuba

Bila bercakap pasal perang ni bukan je bertempur di medan perang dengan lengkap bersenjata tapi ia juga tindakan kita memerangi sesuatu perkara dari memberikan mudarat pada diri kita sendiri. 

Antara peperangan yang bukan mudah nak menang adalah peperangan dengan gula atau War On Sugar. Sebab apa? Sebab Malaysia terkenal dengan status Syurga Makanan, bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong pun iktiraf Malaysia sebagai syurga kepada pelbagai jenis makanan. 

Bila dah nama syurga makanan, memang susah untuk kita menjauhi makanan dan minuman manis. Malah, produk makanan dan minuman manis tumbuh bagai cendawan lepas hujan di Malaysia. 

Menurut tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023, satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. Manakala, satu daripada enam orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis. 

Dua statistik ini menjadi sebab utama peperangan kita dengan gula sukar dimenangi ditambah dengan lambakan makanan dan minuman viral yang kelihatan sedap di mata. War On Sugar ini perlu keazaman yang tinggi untuk mencapai kemenangan. Antara caranya, baca label untuk mengetahui kandungan gula dalam makanan dan minuman. 

Disebabkan ini salah satu masalah serius di negara ini,Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 pada 6 hingga 8 September lalu. 

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Pantai Batu 1, Port Dickson telah berjaya menarik penglibatan ramai pengunjung pelbagai peringkat usia. Pelbagai aktiviti diadakan di zon perangi gula ini antaranya Bowling Tolak Gula, Jom Baca Label & Healthier Choice Logo, VR Makan Sihat dan banyak lagi bagi memberi kesedaran kepentingan memerangi gula.

perang susah menang perang susah menang perang susah menang

Bukan itu sahaja, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ini juga menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti saringan kesihatan percuma, Zumbaton, Explorace Sihat dan cabutan bertuah pun ada tau. Memang meriah sambutan di Pantai 1, Port Dickson baru-baru ni.

Turut diadakan Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 8 September 2024. Anwar juga sempat beramah mesra bersama rakyat yang sedang aktiviti yang disediakan. 

Jom sama-sama kita tingkatkan kesedaran kita dan keluarga terhadap penjagaan kesihatan terutama kepentingan memerangi gula dan sama-sama menyahut seruan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 untuk kesihatan diri yang lebih baik di masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi ANMS DI SINI.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: