Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Imam Surau ioi city
Gambar: Facebook IOI City Mall

IOI City Mall Putrajaya Cari Imam Surau Sepenuh Masa

Iqbal Yasir

IOI City Mall Putrajaya Cari Imam Surau Sepenuh Masa

Pusat beli-belah terkenal tanah air, IOI City Mall Putrajaya, sedang mencari imam sepenuh masa di Surau Musalla.

Menerusi platform JobStreet, pihak pengurusan memaklumkan jawatan itu terbuka kepada individu berkelayakan untuk memimpin solat dan melaksanakan tugas sebagai imam.

Untuk maklumat lanjut tentang kriteria imam yang diperlukan, sila rujuk pautan di platform JobStreet di sini.

Gambar: IOI City Mall via Facebook

Imam yang terpilih akan memimpin solat fardu lima waktu, solat Jumaat serta solat sunat seperti solat Tarawih dan Aidilfitri.

Selain itu, imam juga akan menyampaikan khutbah Jumaat serta terlibat dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan majlis keramaian di surau tersebut.

“Imam Surau Musalla juga perlu mengawasi kelas pendidikan agama termasuk membawa al-Quran dan pengajian Islam.

“Imam perlu berkebolehan dalam memberi panduan tentang perundangan Islam (Fiqh) dan menjawab pertanyaan agama daripada masyarakat.

“Imam juga menjadi penghubung antara surau dengan lembaga atau jawatankuasa masjid mengenai perancangan strategik dan pengurusan operasi surau,” maklum hantaran itu.

Tambah pihak pengurusan IOI Mall, imam akan mengendalikan perkhidmatan pengebumian dan memberi sokongan kepada keluarga arwah.

Bahkan, imam perlu menawarkan perkhidmatan kaunseling dan emosi kepada masyarakat berkaitan pelbagai perkara peribadi dan agama.

Dalam pada itu, imam turut bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan surau dijaga dengan baik, di samping bertindak sebagai wakil surau dalam acara awam dan di media.

Solat Jumaat bermula awal September lalu

Sebelum ini, pihak pengurusan pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya mengumumkan orang ramai kini boleh menunaikan solat Jumaat di ruang surau baharu bermula 6 September.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial IOI City Mall Putrajaya pada 23 Ogos lalu.

“Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Solat Jumaat akan bermula pada 6 September 2024 bersamaan 2 Rabiul Awal 1446H, dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Musalla, East Wing, IOI City Mall untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki.

“Lokasi: Musalla, East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh),” umumnya.

Bagi anda yang tidak berapa tahu kedudukan di pusat membeli-belah ini, anda boleh jejaki surau tersebut menerusi pautan berikut: https://bit.ly/SurauEastWingLowerGround.

Sementara itu, pihak pengurusan turut mencadangkan kepada pengunjung wanita menggunakan ruang solat yang disediakan di West Wing ketika solat jumaat diadakan.

“Untuk jemaah perempuan, anda boleh menggunakan Surau di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas) atau Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung,” tambahnya.

Untuk info, solat Jumaat berlangsung buat kali pertama di surau pusat beli-belah tersebut pada 6 September lalu.

Orang awam dan juga pengunjung yang hadir menjadi jemaah Solat Jumaat di surau berkenaan turut berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik, rata-rata jemaah yang hadir mendapati surau berkenaan sangat luas dan mampu memuatkan jumlah jemaah yang ramai.

Pada masa yang sama, surau tersebut turut dilengkapi dengan penyaman udara dan juga karpet baru, sekaligus memberikan keselesaan kepada jemaah.

BACA: Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

BACA: Israel Siasat Status Yahya Sinwar Hilang Atau Terkorban

BACA: Kontraktor Didakwa Bunuh Bekas Pelumba Negara

Sumber: Jobstreet.com