Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Yahya Sinwar Israel
Gambar: AFP

Israel Siasat Status Yahya Sinwar Hilang Atau Terkorban

Iqbal Yasir

Israel Siasat Status Yahya Sinwar Hilang Atau Terkorban

Israel sedang menyiasat status ketua pejuang Palestin, Yahya Sinwar, sama ada beliau telah terkorban atau hanya hilang selepas serangan udara baru-baru ini.

Menurut laporan Times of India, tiada bukti kukuh daripada agensi perisikan Israel, Shin Bet, mahupun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang mengesahkan kematian Sinwar setakat ini.

Mereka juga sedang meneruskan siasatan untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara terbabit.

“Dua pegawai Israel yang mempunyai maklumat langsung memaklumkan bahawa Israel tidak mempunyai risikan positif yang mengesahkan bahawa Sinwar telah terkorban.

“‘Semua ini hanyalah harapan dan tekaan berdasarkan fakta bahawa Sinwar tidak dapat dikesan dalam beberapa minggu kebelakangan ini’ kata seorang pegawai Israel,” lapor wartawan Axios, Barak Ravid.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Sinwar mungkin cedera parah atau terbunuh dalam salah satu pengeboman yang berlaku di lokasi rahsia di Semenanjung Gaza.

Walaupun ada spekulasi yang mengatakan beliau mungkin terkorban, portal New York Post mendakwa bahawa Sinwar masih hidup.

Berikutan itu, Israel terus giat menyiasat khabar angin terbabit, terutama selepas Sinwar didapati hilang selepas serangan tersebut.

BACA: Insiden Alat Kelui Meletup Di Lubnan, 12 Maut & 2,800 Lagi Cedera

Terdahulu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang mendapatkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Yahya Sinwar.

Ia susulan kedua-dua pihak disyaki melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, insiden letupan alat komunikasi atau kelui dipercayai berlaku di Lubnan.

Setakat 18 September, kejadian tragis itu telah mengorbankan 12 orang, termasuk dua kanak-kanak, serta mencederakan sekitar 2,800 orang.

Letupan yang berlaku hampir serentak di beberapa kawasan Lubnan, terutama di kawasan yang dikuasai Hizbullah, dikaitkan dengan ketegangan antara Israel dan Lubnan.

Namun, setakat ini Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden terbabit.

BACA: Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang

BACA: KPM Sedia Beri Peluang Kepada 402 Kanak-Kanak Mangsa Eksploitasi Peroleh Pendidikan

Sumber: Times Of India