Mayat Wanita Dikerat 30 Ditemui Dalam Peti Sejuk
Mayat seorang wanita dikerat sehingga lebih 30 bahagian ditemui di sebuah apartment dipercayai didiaminya di Bengaluru, India, baru-baru ini.
Menurut India Today, mayat wanita berusia 29 tahun itu ditemukan sudah berulat dalam peti di rumah berkenaan.
Mangsa dipercayai sudah pun berkahwin selama enam tahun, namun tinggal berasingan dengan suaminya sejak sembilan lepas dipercayai akibat masalah rumah tangga.
Dalam pada itu, suami mangsa mendakwa rakan lelaki wanita itu mungkin menjadi suspek kepada pembunuhan tersebut.
Malah, lelaki itu berkata dia sudah pun membuat aduan berkenaan rakan lelaki isterinya itu kepada polis sebelum ini.
Mayat wanita dikerat 30 ditemui dalm peti sejuk di India
“Saya membuat aduan kerana saya tahu mengenai hubungan mereka. Rakan lelakinya bekerja di kedai gunting rambut dan saya mendapat tahu tentang mereka pada April atau Mei 2023.
“Dia tidak berkongsi apa-apa mengenai lelaki itu dan saya jarang berhubung dengannya,” ujar suami mangsa.
Menurut portal Indian Today, suami mangsa yang bekerja di kedai telefon bimbit memaklumkan dia bertemu dengan mangsa sekitar 25 atau 30 hari yang lalu sewaktu mangsa melawatnya di tempat kerja.
Tidak lama selepas itu, polis tempatan menemui mayat mangsa yang telah dipotong lebih 30 bahagian dan disimpan dalam peti sejuk di rumahnya.
Suspek sudah dikenal pasti oleh pihak berkuasa
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Karnataka, G Paramaeshwara berkata bahawa suspek utama kes terbabit telah dikenal pasti dan akan ditahan tidak lama lagi.
“Ada beberapa maklumat yang sudah dikumpul, namun saya tidak boleh dedahkan sebarang maklumat pada waktu ini.
“Kami akan menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini tidak lama lagi.
“Seorang individu dikatakan terlibat dalam kes tersebut. Melainkan kami mempunyai maklumat lanjut, kami tidak boleh mengesahkan apa-apa,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai keselamatan wanita, G Paramaeshwara berkata langkah-langkah berjaga-jaga telah diambil bagi keselamatan wanita di kawasan itu.
BACA: Polis Tahan Seorang Wanita Bantu Siasatan Kehilangan Sabari
Sumber: India Today