Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
hujan lebat seluruh semenanjung
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Badai Hampir Seluruh Semenanjung Hingga 6 Petang Ini

Azizah Najib

Hujan Lebat Dijangka Badai Hampir Seluruh Semenanjung Hingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hampir di seluruh Semenanjung dan beberapa kawasan di Malaysia Timur sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, agensi tersebut memaklumkan hujan lebat bakal melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Selangor, Melaka dan Johor.

Selain itu, amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Di Pulau Pinang, amaran dikeluarkan bagi Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Manakala di Perak pula, kawasan yang terlibat adalah daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

BACA: Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau

Di Pantai Timur, daerah Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun di Terengganu turut terlibat dengan amaran tersebut.

Daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang turut dijangka mengalami hujan lebat sehingga petang ini.

Beralih ke Negeri Sembilan, amaran yang dikeluarkan meliputi kawasan seperti Jelebu, Seremban, Jempol dan Tampin.

Di Sarawak pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di daerah Kuching (Kuching), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah, daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

BACA: Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

MetMalaysia turut menjelaskan amaran yang dikeluarkan mengikut tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. Ia hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Berikutan amaran ini, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Pesawat United Airlines Elak Perlanggaran Di Udara, Dua Penumpang Cedera

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500