Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau

Azizah Najib
dua kanak-kanak keningau
Kredit: Bernama

Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau

KOTA KINABALU, 25 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan dikhuatiri hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua mangsa itu dilaporkan hanyut dibawa arus banjir yang melanda kediaman mereka pada pukul 5 petang semalam.

BACA: Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

Menurut kenyataan itu terdapat tujuh mangsa hanyut dibawa arus banjir, namun lima daripada mereka selamat. Manakala dua lagi yang merupakan seorang kanak-kanak dan seorang bayi, masih hilang.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 10.06 malam, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan BBP Keningau bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 110 kilometer.

BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun

Anggota dari BBP Keningau berada di lokasi kejadian untuk mengambil maklumat mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

BACA: Bernama

BACA: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang