Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bayar elektrik jiran 18 tahun
Gambar: AFP

Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun

Azizah Najib

Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun

Seorang lelaki di California dilapor secara tidak sengaja telah membayar bil elektrik kediaman jirannya untuk tempoh hampir 18 tahun.

Menurut ABC, Ken Wilson mula berpindah ke sebuah apartment di Vacaville pada 2006 dan dipercayai mula ‘membayar’ bagi pihak jirannya sejak 2009.

Perkara itu hanya diketahui oleh Wilson selepas dia mula merasa aneh apabila berlaku peningkatan mendadak dalam jumlah bil elektrik yang perlu dibayarnya sejak beberapa bulan lepas.

Sebelum membuat laporan kepada pengendali utiliti, Pacific Gas and Eletric (PG&E), Wilson dikatakan berusaha mengurangkan penggunaan elektrik untuk beberapa bulan.

Lelaki ‘pemurah’, tolong bayar bil elektrik jiran hampir 18 tahun

Malah, dia turut menggunakan peranti khas untuk membantunya memantau jumlah watt yang digunakan perkakasan elektrik di rumahnya.

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500

“Walaupun selepas saya mematikan pemutus litar, saya terkejut kerana elektrik masih berjalan seperti biasa,” kata Wilson.

Terkejut dengan apa yang berlaku, Wilso kemudian mengadukan situasi yang dihadapinya kepada PG&E.

Syarikat itu seterusnya telah menghantar wakil ke kediaman Wilson untuk membuat pemeriksaan dan mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi satu kenyataan, PG&E berkata Wilson sebenarnya tanpa sedar telah membayar bil elektrik untuk rumah jirannya untuk tempoh hampir 18 tahun.

“Siasatan awal kami mendapati nombor meter untuk apartment pelanggan ini telah dibilkan kepada kediaman lain, disyaki mungkin sejak 2009,” kata jurucakap syarikat tersebut.

PG&E kemudian mengaku kesilapan tersebut dan sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan dengan pelanggan yang terjejas.

BACA: Pasport Hilang Ketika Melancong, Apa Nak Buat? Ikut Langkah Ini

Dalam perkembangan terbaru, PG&E memaklumkan pembetulan sudah pun dibuat pada meter di apartment milik Wilson.

Malah, syarikat itu turut mengkreditkan lebih USD600 ke dalam akan PG&E milik pelanggan tersebut.

Syarikat itu seterusnya turut menggesa mana-mana pelanggan mereka yang risau dengan bil elektrik masing-masing untuk memeriksa meter elektrik di kediaman mereka.

Pengguna boleh membuat pengesahan dengan membandingkan nombor yang tertera pada bil bulanan dengan nombor pengenalan pada meter elektrik.

Sumber: ABC News

BACA: Jangan Buang, Ini Tip Paling Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak