Siakap Keli
lubang benam jalan persekutuan
Kredit: Kementerian Kerja Raya

Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) melaporkan terdapat satu kejadian lubang benam berhampiran Jalan Persekutuan di Daerah Sepang, Selangor pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, kejadian tersebut berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, lubang benam tersebut bersaiz 4.3 meter panjang dengan kelebaran 5.4 meter beserta kedalaman lubang kira-kira 1 meter.

Kredit: Kementerian Kerja Raya

BACA: Tanah Jerlus: Insiden Berlaku Akibat Antropogenik, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Tambak – NRES

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan di tempat kejadian terdapat satu lurang kumbahan berhampiran lubang benam berkenaan.

Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip menjadi punca kejadian lubang benam tersebut.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAB) berikutan kawasan kejadian di bawah seliaan pihak berkenaan.

Buat masa ini, jalan berkenaan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan dan beberapa tindakan awal telah pun diambil.

“Kejadian tersebut telah dimaklumkan oleh pihak MAB. Pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilakukan oleh pihak MAB.

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAB setelah siasatan dibuat,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, JKR dan syarikat penyelanggaraan jalan, Roadcare turut menyatakan kesediaan memberi bantuan kepada pihak MAB.

BACA: Kronologi Insiden Tanah Jerlus Di Masjid India

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian seorang pelancong warga India terjatuh dalam lubang benam berhadapan Masjid India, Kuala Lumpur, pada 23 Ogos lalu.

Kejadian itu menyaksikan pelbagai agensi berganding baru melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Antara yang terlibat adalah  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Operasi tersebut turut melibatkan penggunaan alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) selain menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K-9 JBPM, Denti dan Frankie.Lu

Sumber: Kementerian Kerja Raya Malayisa (KKR)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.