Siakap Keli
MRSM mersing pengerusi mara
Gambar: Fb Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MRSM Mersing Diterjah Pengerusi MARA

MRSM Mersing Diterjah Pengerusi MARA

Satu pemeriksaan mengejut telah dijalankan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor, baru-baru ini.

Difahamkan, pemeriksaan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi pelajar maktab berkenaan.

Menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi, kunjungan ke sekolah berkenaan dimaklumkan kepada pengetua hanya satu jam sebelum ketibaan beliau.

“Secara umumnya saya berpuas hati dengan tahap kebersihan dan penyediaan makanan.

“Walaupun bab ikan sahaja kecil dan tak sampai berat 130 gram seperti yang disyaratkan namun pengusaha maklumkan mereka akan berikan dua ketul ikan jika bersaiz kecil.

“Saya sudah minta wakil pelajar dan pelajar MRSM Mersing untuk laporkan terus kepada saya jika apa yang dijanjikan pihak dewan selera tidak dikota,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Gambar: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Dalam pada itu, beliau turut sempat meninjau keadaan tandas ketika melawat asrama putera dan puteri.

Berdasarkan tinjauan, beliau mendapati beberapa kerosakan seperti pintu dan pili.

Bagaimanapun, arahan sudah dikeluarkan supaya segala kerosakan tersebut dibaiki segera dalam tempoh dua minggu.

“Saya sengaja pilih waktu pelajar balik kelas dan bersedia untuk makan tengah hari supaya dapat tanya sendiri pelajar maklum balas mengenai keadaan dewan selera, asrama, tandas dan keseluruhan suasana di MRSM.

“Saya bagi masa sebulan untuk pengurus dewan selera selesaikan masalah lain seperti kekurangan sabun,” katanya.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/videos/1056243526508073/

Terdahulu, media melaporkan pengusaha dewan selera MRSM Taiping, Perak didakwa gagal menetapkan menu makan malam seperti dalam piawaian MARA.

Ia selepas 31 pelajar mengalami keracunan sehingga dikejarkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.

Berikutan itu, beliau memaklumkan satu lawatan mengejut dilaksanakan untuk meninjau keadaan penyediaan makanan di sana.

Tegas Datuk Dr Asyraf Wajdi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bersikap tegas terhadap isu yang melibatkan kesihatan pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bekalan ayam dan bahan mentah yang dibekalkan ke MRSM perlu mempunyai sijil halal.

Sehubungan itu, sebahagian kontrak semua perincian bahan-bahan mentah wajib dinyatakan secara bertulis oleh setiap kontraktor.

Langkah itu termasuk menyenaraikan nama pembekal termasuk jenama dan sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan yang berkaitan.

BACA: Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah

BACA: Kapal Layar Ini Dilihat ‘Terbang’ Atas Air, Pakar Jelas Ini Sebabnya

BACA: Bekas Hos Blue’s Clues Tanya Khabar, Anak-anak 90-an Kongsi Suka-duka Jadi Dewasa

Sumber: Sinar Harian, Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.