Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jasad Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah Telah Ditemui

Athirah
Hassan Nasrallah
Kredit: AFP

Jasad Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah Telah Ditemui

Jasad pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut sudah ditemui, lapor AFP.

“Jenazahnya ditemui pada Sabtu. Sudah dimandikan dan dikafankan,” kata sumber terdekat yang enggan dikenali.

Bagaimanapun sumber itu menambah, majlis dan tarikh pengebumian jenazahnya masih belum ditetapkan lagi.

Sebelum kematiannya dalam serangan udara Israel ke atas kubu kuat Hizbullah di selatan negara itu pada Jumaat, Nasrallah dianggap sebagai antara individu paling berkuasa di Lubnan.

Menurut AFP, Nasrallah memimpin Hizbullah selama tiga dekad, iaitu gerakan yang didakwa disokong oleh Iran yang juga musuh ketat Israel.

Jasad Hassan Nasrallah sudah ditemui

Dalam pada itu, Hizbullah memaklumkan serangan udara pada Jumaat lepas itu turut membunuh komander tertinggi kumpulan berkenaan, Ali Karake.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak mendedahkan butiran mengenai individu lain yang turut terkorban disamping Nasrallah dan Karake.

Sementara Israel dalam satu kenyataan mendakwa, operasi udara dijalankan pihaknya berjaya membunuh ‘lebih 20 orang pemimpin lain, terdiri daripada pelbagai pangkat’.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Lubnan mengeluarkan angka kematian seramai enam orang, namun berdasarkan skala kemusnahan, jumlah kematian mungkin lebih tinggi.

Beberapa kawasan di Lubnan jadi sasaran pengeboman hebat Israel

Menurut AFP, kawasan pinggir bandar di selatan Beirut dan selatan serta timur Lubnan menjadi sasaran pengeboman hebat Israel sejak Isnin.

Lanjutan daripada itu, kementerian kesihatan negara tersebut melaporkan lebih 700 orang terbunuh dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

BACA: Jangan Keliru, Ini Beza Label EDT Dengan EDP Sebelum Beli Minyak Wangi

BACA: Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”

BACA: Tawaran Istimewa Bilik Hotel Serendah RM68 Untuk Satu Malam Di Resorts World Genting

Sumber: AFP