Pelakon Drama The Glory, Park Ji Ah Meninggal Dunia
Pelakon Korea Selatan, Park Ji Ah yang membintangi siri drama terkenal, The Glory dilapor meninggal pada usia 52 tahun.
Berita kematian Park Ji Ah telah disahkan oleh agensinya, Billions dalam satu kenyataan menerusi Sports Donga.
“Kami adalah agensi yang mewakili Park Ji Ah dan kami ingin berkongsi berita duka dengan anda semua. Park Ji Ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemia, kira-kira jam 2.50 pagi, hari ini.
Park Ji Ah, pelakon drama The Glory meninggal dunia
“Majlis persemadian mendiang sudah pun ditetapkan di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan. Istiadat akan berlangsung pada 2 Oktober, kira-kira jam 10 pagi.
“Kami (Billions) akan sentiasa mengenang minat mendalam mendiang terhadap dunia miliki, yang dia tunjukkan sehingga ke hujung hayatnya.
“Sekali lagi, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” ujar agensi itu seperti yang dilaporkan dalam Korea Boo.
Bertarung dengan penyakit yang tidak didedahkan
Menurut Korea Boo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat infarksi serebrum atau lebih dikenali sebagai strok iskemia.
Sebelum ini, mendiang dilapor bertarung dengan penyakit yang tidak didedahkan dan diserang angin ahmar. Akibatnya, mendiang berada dalam keadaan koma sehingga ke akhir hayatnya.
Terdahulu, Park Ji Ah memainkan watak sebagai ibu kepada Song Hye Kyo dalam siri drama The Glory. Drama berkenaan yang disiarkan di Netflix menjadi antara drama paling popular dari Korea Selatan di platform tersebut.
BACA: Sedang Cari Jodoh, Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM 3,000
Sumber: Korea Boo