Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
mats deijl harimau malaya
Kredit: Instagram Mats Deijl

FIFA Sahkan Mats Deijl Tak Lepasi Syarat Untuk Sertai Harimau Malaya – FAM

Athirah

FIFA Sahkan Mats Deijl Tak Lepasi Syarat Untuk Sertai Harimau Malaya – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan bahawa pemain kelab Go Ahead Eagles dari Belanda, Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, FAM mengesahkan pemain ini tidak dapat mewakili pasukan kebangsaan negara disebabkan hanya mempunyai darah keturunan Malaysia daripada moyangnya.

Ia bukan darah keturunan di peringkat datuk atau nenek Mats sepertimana syarat ditetapkan oleh FIFA.

“Berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA,” kata FAM.

Sebelum ini, Mats telah menunjukkan minat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Malah, FAM juga telah dimaklumkan bahawa dia mempunyai darah keturunan Malaysia.

Menurut FAM, pihaknya dapat menghubungi secara rasmi kelab, ejen dan pemain itu sendiri sejak 27 Jun lalu bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Hasil perbincangan, pemain ini telah memberikan dokumen-dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan beliau mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir beliau, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain tersebut.

“Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu,” ujar FAM.

Untuk pengetahuan, mana-mana pemain boleh mewakili sesebuah negara jika pemain tersebut memenuhi syarat berdasarkan Artikel 8 Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Permohonan Statut FIFA berkaitan kelayakan mewakili pasukan kebangsaan.

BACA: FAM Perlu Sediakan Pelan Perancangan, KPI Harimau Malaya – PM Anwar

Antara syaratnya ialah pemain perlu lahir di negara tersebut. Selain itu, ibu dan ayah pemain serta datuk dan neneknya juga lahir di negara tersebut. Akhir sekali, pemain menetap di negara tersebut melebihi tempoh lima tahun.

“Bagi mendapatkan pengesahan secara rasmi berkenaan kelayakan pemain ini, FAM pada 23 September 2024 telah menghantar surat kepada FIFA bagi mendapatkan pandangan FIFA mengenai status pemain ini yang ingin mewakili Malaysia melalui darah keturunan moyangnya (ibu kepada datuk pemain).

“FIFA melalui surat bertarikh 25 September 2024 telah menghantar maklum balas mengenai perkara ini dan memaklumkan bahawa: “Unfortunately, the player’s ascendants’ nationalities beyond his grandparents (i.e., the player’s great grandparents or ulterior ascendants) do not grant the Player the possibility to be eligible to represent your association’s representative team(s), as the list set forth in art. 8 par. 1 lit. c) of the RGAS is exhaustive.”

“Berdasarkan jawapan FIFA itu, FAM mengesahkan bahawa pemain ini tidak dapat mewakili pasukan kebangsaan Malaysia disebabkan darah keturunan Malaysia adalah daripada moyangnya (ibu kepada datuk pemain) dan bukan di peringkat datuk atau nenek pemain sepertimana syarat ditetapkan oleh FIFA,” jelas FAM.

Dalam pada itu, FAM juga menitipkan ucapan terima kasih kepada Mats atas minat dan kesungguhan untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

FAM turut memaklumkan bahawa pihaknya sudah berhubung dengan beberapa pemain lain sepertimana yang dicadangkan dalam media sosial.

“Namun setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain tersebut memiliki darah keturunan Malaysia yang melepasi syarat ditetapkan oleh FIFA,” katanya.

Sumber: Football Association of Malaysia