Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
kitab tib perubatan tradisional
Sumber: PNM
Tiada Kategori

Kitab Tib: Tinggalan Dulu-Dulu Yang Penuh Ilmu Perubatan Tradisional

Hannah

Kitab Tib: Tinggalan Dulu-Dulu Yang Penuh Ilmu Perubatan Tradisional

Zaman sekarang ni, semua orang nak info cepat dan ringkas. Tapi, kadang-kadang kita lupa yang zaman dulu ada banyak ilmu hebat yang ditinggalkan, salah satunya Kitab Tib – kitab perubatan tradisional Melayu yang penuh rahsia dan petua orang lama.

Apa Itu Kitab Tib?

Gambar Kitab Tib MSS1792 Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah

Kitab Tib ni menarik sebab dalamnya banyak petua dan cara rawatan tradisional guna alam semula jadi – tumbuhan, haiwan dan bahan yang ada di sekeliling kita.

Dulu, kitab ni ditulis dalam tulisan Jawi Klasik, tapi bila Inggeris datang pada abad ke-19, mereka perkenalkan tulisan Rumi.

Sekarang, ramai yang lebih biasa dengan Rumi. Walaupun Jawi makin jarang digunakan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) masih berusaha jaga tulisan ni supaya tak hilang.

Jawi Asli vs Jawi Moden

Gambar Wacana Manuskrip Skrip Melayu 2-2018

Ada dua jenis Jawi yang kita kena tahu – Jawi Klasik dan Jawi Moden. Jawi Klasik ditulis ikut cara Arab, manakala Jawi Moden lebih ikut sistem ejaan yang dekat dengan bunyi dalam tulisan Rumi.

Ini buat ramai, terutama generasi muda, susah nak baca Jawi Klasik, terutamanya bahasa Melayu klasik yang jarang kita dengar.

Di PNM ada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM) di Aras 11 yang jadi tempat penyelidikan manuskrip Melayu.

Semua orang boleh datang ke sini untuk merujuk dan mengkaji tentang warisan kita dan berpeluang menatap naskhah asal.

Bukan sahaja Kitab Tib yang ada, malah pelbagai bidang seperti agama, sastera atau ketatanegaraan tersedia untuk pengguna.

Kitab Tib Diiktiraf Dunia

PNM melalui PKMM simpan dan jaga Kitab Tib untuk rujukan masa depan.

Kalau nak tahu, Kitab Tib sudahpun dicalonkan dalam program Memory of the World UNESCO pada 2023 sebagai warisan dunia yang berharga.

Usaha FRIM dalam Kajian Ramuan

Gambar Wacana Manuskrip Nik M

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga terlibat dalam kaji ramuan yang ada dalam Kitab Tib.

Mereka cuba nak kenal pasti tumbuhan yang digunakan ikut nama lama.

Kerjasama antara PNM, DBP dan Institut Penyelidikan Perubatan bantu dalam usaha ni.

Sampai sekarang, beberapa Kitab Tib dah berjaya ditransliterasikan dan dikaji.

Usaha Terjemahan & Transliterasi

Betul, ramai yang susah nak baca Kitab Tib sebab tulisan Jawi Klasik dan bahasa lama yang agak sukar nak faham.

Tapi jangan risau, banyak NGO dan agensi kerajaan macam DBP, PNM dan FRIM sedang giat terjemah dan transliterasi manuskrip ni ke dalam tulisan Rumi dan bahasa Melayu moden.

DBP pun kerja keras nak terjemah isi Kitab Tib supaya generasi sekarang lebih faham.

Akhir Kata

Gambar Kitab Tib MSS1792 Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah

Cuba korang baca keratan asal manuskrip Kitab Tib dalam tulisan Jawi Klasik di atas.

Kenapa kita perlukan Kitab Tib? Sebab ia bukan sahaja tinggalan sejarah, tapi juga mengandungi ilmu perubatan tradisional yang sangat berharga.

Kita patut bangga dengan warisan ni dan terus sokong usaha memelihara serta sebarkan ilmu ni untuk generasi akan datang.

BACA: Pameran Digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR)

BACA: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Anjur Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2024

BACA: PNM Galak Rakyat Membaca, Tegas Industri Buku Kekal Releven Di Era Digital

Sumber: PNM