Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
persidangan antarabangsa manuskrip melayu
Tiada Kategori

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Anjur Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2024

Nurul Naqiyah

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Anjur Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2024

KUALA LUMPUR, 24 September 2024 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2024 secara hibrid di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (PERDIMAN) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menghargai manuskrip Melayu sebagai manifestasi kearifan ilmuwan bangsa dan memberi pendedahan kepada masyarakat kepentingan manuskrip Melayu.

Di samping itu, sebagai platform untuk para penyelidik manuskrip Melayu dari seluruh dunia berwacana dan menjalinkan kerjasama strategik.

persidangan antarabangsa manuskrip melayu

Persidangan tahun ini merupakan penganjuran kali yang ke-7 dengan bertemakan Kitab Tib : 1001 Rahsia Ilmu Perubatan Tradisional yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 24-25 September 2024 dan menampilkan sembilan (9) orang pembentang dalam negara dan dua (2) orang pembentang dari

Indonesia. Seramai 500 orang peserta terdiri daripada pelbagai golongan seperti para penyelidik, sejarawan, ahli filologi, pensyarah dan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO), pengamal perubatan tradisional dan masyarakat umum menyertai persidangan ini.

Pelaksanaan program ini bertepatan dengan inisiatif untuk mempromosikan kesedaran tentang warisan budaya kita, termasuk manuskrip Melayu bagi menyemarakkan semangat kenegaraan.

persidangan antarabangsa manuskrip melayu

Tambah beliau lagi, dengan mengetengahkan dan mempromosi kepentingan manuskrip Melayu, Kementerian bukan sahaja memelihara khazanah intelek negara tetapi juga menggalakkan dialog dan pemahaman antara masyarakat yang merupakan asas kepada perpaduan dan keharmonian dalam negara yang berbilang kaum.

KPN percaya persidangan ini dapat menjadi satu wadah dalam memangkinkan perkembangan perubatan tradisional Melayu khususnya agar lebih mendapat pengiktirafan dan berupaya menjadi satu cabang amalan perubatan, penyelidikan dan penyebaran ilmu yang lebih meluas tanpa mengira sempadan negara, kaum dan budaya.

Selain itu, penganjuran persidangan ini sedikit sebanyak dapat mempromosi koleksi manuskrip Melayu di samping membugarkan penyelidikan manuskrip Melayu demi kelestarian dan kebitaraan ilmu. Untuk rekod, sehingga kini PNM memiliki sebanyak 5,252 naskhah koleksi manuskrip Melayu untuk dirujuk dan dikaji.